Pengikut

Jumaat, 8 Oktober 2010

Nak Kritik Parti Boleh Zaid, Tapi jangan Sampai Hal Dalam Kelambu Pun Nak Cerita Kat Orang

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan kebimbangan sekiranya serangan berterusan dilakukan ke atas peribadi calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini secara tidak langsung boleh membawa kepada perpecahan parti.

Zaid yang dikenali sebagai pemimpin yang lantang dalam memberikan kritikan menafikan kritikannya sebelum ini sebagai boleh menghancurkan parti.

Sebaliknya beliau, berkata ia sebagai mematangkan parti yang baru disertainya Jun tahun lalu.

"Kita mahu orang yang tidak rosakkan parti, berjuang dan terima kritikan," katanya yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Menurut Zaid, semenjak kenyataannya untuk bertanding timbalan presiden, beliau sentiasa dihambat dengan tohmahan dan cerita karut mengenai keperibadiannya sebagai pemimpin, ahli politik dan individu.

Sedangkan katanya, dalam memperjuangkan parti perlu wujud sikap muafakat daripada melemparkan fitnah bahawa dirinya sebagai seorang pengkhianat.

"Saya dah rasa sukar dengan pemimpin-pemimpin ini. Dalam perjuangan perlu ada rasa muafakat dan gembira bersama. Mereka tuduh saya pengkhianat sedangkan mereka tiada bukti.

"Mereka kata saya ejen, inilah pemimpin karut. Ia tidak akan beri kejayaan pada parti. Perkara-perkara seperti ini yang akan menimbulkan perpecahan. Lebih baik orang ini tidak mengetuai parti….lebih baik beri pada orang lain.

"Saya harap serangan seperti ini tidak akan berterusan dalam pemilihan nanti," katanya.

Boikot media polisi yang tidak bagus

Sementara itu, Zaid berkata beliau memilih untuk tidak mengikuti polisi PKR dalam memboikot media tertentu khususnya Utusan Malaysia.

Bagi Zaid polisi yang diketangahkan PKR itu bukan sesuatu yang baik sedangkan media dilihat menjadi medium terbaik dalam memberikan informasi kepada umum.

"Polisi ini keputusan parti…tapi ia bukan polisi yang baik. Berapa orang yang nak boikot Utusan? Bagaimana pula News Straits Times (NST), The Star, Berita Harian, MCA?

"Jika tidak bercakap dengan media bagaimana nak maklumkan parti ini sebagai "harapan masa depan’ jika kita membelakangkan media" soal beliau.

Zaid sebelum ini berkata beliau tidak akan boikot mana-mana media yang dilihat menyerang parti atau pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Rabu lalu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula sebaliknya berkata, setiap ahli parti itu perlu mematuhi keputusan komponen Pakatan Rakyat itu, yang memutuskan untuk tidak membenarkan media-media tertentu khususnya akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan aktiviti parti tersebut.

Keputusan itu merangkumi calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini, termasuklah Zaid yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan