Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang ulasan berhubung kenyataan media calon Timbalan Presiden Zaid Ibrahim semalam yang menegur tidakan parti memboikot media arus perdana khususnya Utusan Malaysia.
"Buat masa ini, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan dan apatah lagi provokasi ke atas kenyataan Zaid.
"Setakat ini tidak ada laporan atau tindakan yang perlu di buat ke atas beliau," kata Saifuddin ketika dihubungi hari ini.
Dalam sidang media semalam, Zaid berkata, beliau tidak akan mempedulikan larangan parti itu untuk memboikot media tertentu termasuk akhbar Utusan Malaysia.
Zaid juga mempersoalkan mengapa Utusan sahaja diboikot sedangkan Berita Harian dan News Straits Times dan lain-lain media milik BN tidak dilakukan demikian.
Pada 3 Oktober lalu, ketua umum PKR, Anwar Ibrahim ketika berada di London, memberi amaran agar calon yang bertanding pada pemilihan PKR tidak menggunakan media perdana yang dilabelnya sebagai musuh Pakatan Rakyat.
Sementara Saifuddin dalam sidang media dua hari lalu juga mengingatkan anggota parti supaya akur dengan arahan yang di keluarkan ketua Umum PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan