Pengikut

Selasa, 26 Oktober 2010

Kes liwat Anwar ditangguh, Karpal disyaki demam denggi

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehari kerana peguam utamanya Karpal Singh kurang sihat, dipercayai dijangkiti demam denggi.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menerima permohonan pasukan pembelaan agar kes itu ditangguhkan sehingga esok sementara menanti laporan keadaan kesihatan Karpal.

Bagaimanapun Zabidin menasihatkan panel peguam Anwar agar bersedia dengan peguam utama lain bagi membolehkan perbicaraan diteruskan.

Seorang peguam panel Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa Karpal kelihatan kurang sihat sejak minggu lalu.

“Malah beliau juga tidak sihat semalam, tetapi beliau (datang kerana) tidak mahu melengahkan perbicaraan,” kata beliau.

Katanya, Karpal (gambar) telah menjalani ujian darah di Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam dan keputusannya dijangka diketahui hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan