Pengikut

Sabtu, 23 Oktober 2010

Gagalnya Najib Yakinkan Perwakilan Umno-APCO!

Semakin gagal!

Itulah kesimpulan yang dapat kita lihat sepanjang Perhimpunan Agung Umno-APCO yang tidak mendasar kepada cogan katanya sendiri, Melayu!

Dari dasar KERAjaan hinggalah dasar parti yang cuba dimaudukkan, Najib Altantuya mencatat sejarah sebagai Presiden Umno-APCO paling malang dalam sejarah Malaysia 53 tahun!

Perwakilan seolah-olah mendengar cerita "kitar semula" tentang KPI, NKRA, NKEA dan macam-macam akronim lagi sedangkan orang Melayu tentunya mahukan kedaulatan dan kesinambungan kuasa kekal di tangan majoriti rakyat Malaysia.

Penegasan Najib Altantuya seolah-olah ditolak tepi bagai angin lalu. Kerana kecetekkan perwakilan membahas usul agama, politik dan ekonomi mencerminkan Pakatan Rakyat lebih bersedia menggantikan Barisan Najis dalam pilihanraya umum akan datang.

Apa tidaknya, Umno-APCO dilihat sudah hilang idea menjawab setiap isu dan persoalan yang dibangkitkan Pakatan Rakyat kerana ia jelas kritikal untuk membawa Malaysia 50 tahun dari sekarang.

Isu-isu ekonomi seperti menjadi bola tanggung buat Pakatan Rakyat membelasah Umno-APCO di sebalik kegagalan memacu pertumbuhan dalam negeri yang semakin membimbangkan.

Dan Umno-APCO gagal menjawab apatah lagi meyakinkan rakyat parti itu relevan untuk membertulkan kepincangan dalam struktur ekonomi Malaysia.

Lalu dituduhnya bukan Melayu tidak bersama memajukan ekonomi orang Melayu. Jadi apakah kuasa politik di tangan sejak sekian lama belum mampu memberi kekuatan untuk Umno-APCO membentuk kerangka ekonomi utuh buat orang Melayu?

Tidak lain tidak bukan, dasar Umnoputera yang diterapkan sekian lama bermula di zaman Mahathir punca segala-galanya.

Dan apabila Pak Lah serta Najib Altantuya sendiri cuba membetulkannya, ia sememangnya sudah terlalu lambat untuk diperbaiki!

Kini Najib Altantuya seperti keseorangan membawa nasib politiknya bersama-sama dengan hanyutnya politik orang Melayu dalam Umno-APCO.

Ibarat Lebai Malang, tiada siapa pedulikan Agenda Melayu, Kemuliaan Melayu malah Ketuanan Melayu sekalipun lantaran sentimen politik Malaysia sudah terlalu berubah.

Dan Umno-APCO tidak lagi mampu mengejar perubahan yang cuba diterapkan oleh Najib Altantuya kerana kegagalannya sendiri meyakinkan perwakilan yang diharapkan dapat menyampaikannya pula kepada bahagian masing-masing!

Pusara Umno-APCO semakin jelas di pandangan. Damailah Umno-APCO di sana tidak lama lagi!/Jalan Pulang

Politik baru Najib gema tak bersahut?

Seruan untuk mengamalkan model politik baru yang dinyatakan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak nampaknya belum menampakkan kesan sekiranya perbahasan daripada para perwakilannya menjadi ukuran.

Najib semalam dilihat cuba mententeramkan anggotanya supaya lebih banyak bersabar dan jangan takut dengan sebarang usaha untuk mengikis hak dan keistimewaan Melayu.

Namun, seruan tersebut seolah-olah disanggah oleh para perwakilan, seperti yang disuarakan wakil Negeri Sembilan Datuk Jalaludin Alias.

Berucap ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden itu, Jalaludin mempersoalkan - takkanlah isu seperti itu tidak dapat dibincangkan di rumah Umno sendiri?

Bagaimanapun, pertentangan paling jelas ke atas seruan Najib itu dilihat daripada wakil Melaka Datuk Hasnoor Sidang Husin.

Beliau menyalahkan warga bukan Melayu kerana tidak berminat untuk memastikan golongan Bumiputera mencapai sasaran ekuiti 30 peratus bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Hasnoor yang 'mencabar' Najib supaya melaksanakan DEB "tanpa kompromi" juga berkata, warga bukan Melayu bukan saja tidak membantu malah mempertikaikan dasar tersebut.

Najib dalam ucapan dasarnya telah menggariskan bahawa hak untuk Bumiputera telah dilindungi perlembagaan negara manakala Raja-raja Melayu tidak akan mudah memberi perkenan untuk meminda peruntukan berkenaan.

"Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung," katanya.

Begitu juga usaha yang dilakukan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kedua-duanya dilihat cuba memperbaiki hubungan antara kaum di negara ini melalui perubahan di dalam Umno.

Berucap ketika merasmikan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, Muhyiddin menyampaikan mesej yang jelas -- retorik kaum dan laungan yang biasa bergema di PWTC itu perlu dihentikan kali ini.

Perubahan dalam Umno ini sangat penting kerana, menurut seorang pengamal media, liputan ke atas perjalan perhimpunan agung ini lebih penting daripada membuat liputan kabinet.

Sebagai parti yang mewakili keanggotaan kelompok masyarakat paling besar di negara ini, apa saja yang perubahan yang berlaku dalam parti itu pasti akan mengubah lanskap politik negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan