Pengikut

Ahad, 17 Oktober 2010

"Azmin Ali untuk semua"

12 tahun sejak gerakan Reformasi, Azmin Ali disifatkan tidak lebih sebagai pengikut setia bosnya, Anwar Ibrahim. Azmin bukan Ezam yang hebat berpidato sehingga membakar emosi orang muda; Azmin tidak terserlah seperti Tian Chua apabila turun ke jalan raya; Azmin tidak memiliki otak Khalid Jaafar yang sarat dengan falsafah; malah Azmin gagal menandingi kepakaran Khalid Ibrahim dalam dunia korporat.

12 tahun Azmin Ali berada dalam gerakan Reformasi, tetapi kemungkinan Azmin Ali untuk berpaling tadah tidak pernah mencecah ke paras sifar. Persepsi terhadap Azmin Ali di media sentiasa negatif - beliau dituduh cuba merampas kedudukan Timbalan Presiden daripada Syed Husin Ali; beliau disyaki berkomplot untuk menggulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor; beliau dituduh menghina kaum India; beliau dikatakan tidak disenangi anggota PKR Sabah dan Sarawak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan