Ketua AMK PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan beliau tidak pernah dimaklumkan untuk memberi kenyataan bagi membantu siasatan polis dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.Justeru itu, kata peguam itu, adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa gagal menghubungi beliau.
"Sedangkan tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan," katanya mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mendakwa gagal menghubungi Shamsul untuk mendapat kenyataan berhubung kes pembunuhan jutawan komestik itu.
Menjelaskan lagi perkara itu, Shamsul yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, beliau mengetahui mengenai waran yang akan dikeluarkan tetapi berikutan jadual yang padat menggagalkan beliau memberi keterangan.
"Saya sekarang tidak berada di Selangor kerana sedang menghadiri perbicaraan bukan melarikan diri.
"Macam mana pula dikatakan saya tidak ingin memberi kerjasama sedangkan saya mempunyai tugasan pekerjaan yang perlu diselesaikan," katanya.
Menurut Shamsul, beliau tidak menuduh tetapi bertanya apakah wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di pejabat polis daerah Banting gagal bertindak dalam beberapa kes terdahulu yang melibatkan suspek yang telah diklasifikasikan
sebagai kes orang hilang.
Shamsul menambah, beliau telah mengarahkan peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff bertindak bagi pihak saya di dalam isu ini dan berurusan dengan pihak polis.
Sementara itu, beliau akan mengadakan sidang media berhubung kes Sosilawati di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, petang esok.
Dari Free Malaysia Today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan