Pengikut

Isnin, 13 September 2010

Sampai bila politik emosi Melayu?

Dalam tahun 1998 dan 1999, pemecatan, penangkapan serta pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membakar emosi orang-orang Melayu. Akibatnya, kira 65 peratus orang Melayu tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1999. Nasib baiklah orang-orang Cina dan India tetap setia kepada BN. Jika tidak, mungkin Umno dan BN dah lingkup dan musnah dalam pilihan raya yang turut menyaksikan kekalahan mengejut Lim Kit Siang dan Karpal Singh itu.

Saya pun turut terheret dalam emosi membakar ketika itu. Walaupun saya pada mulanya bertakbir sakan apabila Zaharin Mohd Yassin menyampaikan berita awal bahawa Anwar dipecat, tetapi sikap tidak peduli saya bertukar marah apabila Anwar ditangkap di bawah Akta Keselamayan Dalam Negeri (ISA). Kalau babi sekalipun ditangkap di bawah ISA aku marah. Pantang sungguh aku dengan ISA.

Dalam pilihan raya 2008 lalu, apabila Umno dan BN seakan-akan ditunjukkan batu nisan mereka, Umno dengan bijaknya membakar kembali emosi dan sentimen perkauman Melayu sebaik sahaja selepas pilihan raya itu. Perkembangan terkini sekali lagi menunjukkan politik emosi yang dipergunakan dengan rakus oleh Umno itu berjaya membangangkan sebahagian besar orang-orang Melayu.

Pada masa yang sama, untuk melanjutkan usia politiknya dan mungkin juga untuk mendapatkan projek-projek, Datuk Ibrahim Ali mendapat idea menubuhkan Perkasa. Perkasa dan Umno bagaikan dua strikers yang begitu berjaya membikin overlapping yang merobek-robekkan PAS terutamanya. Tak kiralah walaupun MCA, MIC dan Gerakan gagal berfungsi serta nampak sangat tidak begitu relevan lagi sebagai tonggak pertahanan (nak tergelak baca luahan bongok Pak Pandir politik yang tak reti cari makan sendiri dalam berita Malaysian Insider hari ni bertajuk "MCA rebukes Dr M for interference in Umno-Perkasa fray").

Hebat sungguh politik emosi serta sihir perkauman yang membakar emosi dan menyentuh hati orang-orang Melayu.

Saya tulis ni bila membaca posting Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bertajuk "Dealing with Perkasa - which is the Umno way?". Saya setuju bila dia kata Ibrahim "has found an emotional niche". Boleh jadi beliau benar apabila berkata para pemimpin Umno "cannot overcome that emotional assault".

Tapi, nak overcome buat apanya?! Bukankan Umno dan Perkasa sedang membikin overlap yang cantik? Boleh jadi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi relevan untuk survival politik Umno. Tetapi bukankah Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ibrahim sendiri kelihatan begitu berjaya melakukan apa yang tidak pandai dilakukan oleh Najib?

Saya malas la nak mengatakan bahawa sifat-sifat bodoh, bacul dan jahil yang ditulis oleh Ariff itu sebenarnya sedang menjadi pakaian harian Najib. Anak ningrat itu nampak sangat terhambat-hambat ke sana ke mari mencari ketrampilan kepimpinannya yang sampai hari ni pun nampaknya dia tak jumpa-jumpa.

Tetapi kalau pun benar "stupidity, cowardice and ignorance" sudah menjadi darah daging Najib dan sebahagian besar kepimpinan Umno, saya kira Umno tetap tak begitu terjejas. Pertama, Umno ada sentuhan magiknya, makanan asasinya iaitu perkauman. Walaupun Umno semakin kelihatan sangat bodoh dalam soal-soal ekonomi dalam kerakusan menyental apa yang sepatutnya menjadi milik rakyat dan dia juga tak layak buka mulut fasal demokrasi, tetapi Umno nampak jelas semakin cekap, mahir dan pakar dalam membaham makanan asasinya - perkauman. Dan, dia memang nampak sangat dah berjaya sakan dengan panji-panji perkaumannya itu.

Itu pertama. Kedua, bila sebut bab "stupidity, cowardice and ignorance", apa kurangnya sebahagian pemimpin PAS? Saya tak nak la menjadi jahat sangat menyembunyikan kenyataan yang amat nyata itu. Malah yang sebenarnya, persamaan itulah yang menjadi stok politik yang begitu mewah untuk melanjutkan usia status fat cat Umno.

Kita, sebagai rakyat, janganlah nanti makanan yang terhidang. Kita kena buat apa sahaja yang halal di sisi Allah untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno BN. Jangan lupa, anak cucu kita nak duduk dalam negara ini. Jangan biarkan negara ini terus dirompak oleh parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya. Jangan sampai anak cucu kita kencing atas kubur kita kerana tak buat apa sangat untuk menamatkan cengkaman puaka parti itu.

Sudah-sudahlah. Janganlah dibodohkan lagi oleh politik emosi dan sentimen.






Dari ~penarik beca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan