Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Azmin Ali berkata tumpuan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 adalah agenda yang lebih utama bagi beliau daripada memberi perhatian khusus terhadap kepada pertandingan merebut jawatan pada pemilihan parti November depan.
"Ini adalah agenda yang lebih penting yang perlu diberi keutamaan daripada pemilihan dalam parti.
"Apa guna jika kita menang besar dalam pemilihan parti, tetapi sebaliknya parti tidak mampu menang dalam pilihan raya umum yang akan datang?" kata Azmin.
Ketika ditemui media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran KEADILAN Pulau Pinang di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah semalam, Azmin beliau masih belum membuat keputusan berhubung cadangan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mahu beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan Parti 2010.
"Adalah menjadi harapan saya supaya mana-mana calon yang akan bertanding mengawal adab dan etika pemilihan. Memegang amanah parti dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab memastikan parti tetap utuh dan kukuh walaupun adanya pertandingan dalam pemilihan," tegas beliau.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, KEADILAN adalah parti pertama di negara ini yang melaksanakan amalan demokrasi sepenuhnya dalam pemilihan barisan pimpinannya yang memberi peluang kepada ahli memilih memilih secara langsung.
Tambahnya lagi tidak perlu bagi seorang calon itu menonjolkan diri untuk mencari pengaruh untuk bagi memenangi kerusi yang ditandingi.
"Selama satu dekad saya bersama dalam KEADILAN. Rekod khidmat saya juga ada di situ. Saya menyerah kepada ahli untuk membuat penilaian mengenai prestasi dan rekod saya selama ini.
"Insiden yang mencalar kedudukan parti seperti mana yang dilakukan oleh beberapa Ahli Parlimen yang tinggalkan parti sebelum ini banyak memberi pengajaran yang harus dijadikan sempadan dalam memastikan aspirasi dan kehendak parti menjadi realiti untuk membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara ini," ujar Azmin.
Oleh Nazar Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan