Pengikut

Ahad, 22 Ogos 2010

UMNO cuma mahu selamatkan Soi Lek..

Beberapa orang penganalisa politik berpendapat media tunggangan UMNO iaitu Utusan Malaysia yang mendakwa nama Lim Guan Eng telah menggantikan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah jumaat hanyalah taktik UMNO untuk memenangi semula negeri Pulau Pinang.

Mereka merasakan tindakan Utusan yang menyiarkan tajuk besar “Nama Guan Eng ganti Agong - Disebut dalam doa khutbah Jumaat: Umno Pulau Pinang bantah” khusus untuk membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu di Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu…

Mungkin ada benarnya pendapat penganalisa-penganalisa politik itu.. Malangnya hanya Melayu yang menyokong UMNO yang berasa marah bila isu itu dibangkitkan.. manakala yang menyokong Pakatan Rakyat semakin membenci UMNO dan Utusan.

Menurut Zahid Hamidi perkara ini talah berlaku beberapa minggu yang lalu, jika ianya benar mengapa baru sekarang ianya dinyatakan? Kenapa penyokong UMNO yang kebetulan mendengar khutbah berkenaan tidak menyatakan bantahan selepas solat jumaat itu berakhir?

Tidak bolehkah mereka memberitahu kepada Zahid Hamidi dengan segera mengenai tuduhan itu agar Zahid boleh dengan segera memberitahu kepada Muhyiddin supaya Muhyiddin boleh dengan segera memberikan amaran kepada Lim Guan Eng?

Kenapa setelah beberapa minggu berlalu baru insiden ini dilaporkan kepada polis? itupun setelah Chua Soil Lek mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa kurang senang masyarakat Melayu..

Yang jelas disini UMNO terpaksa memainkan isu ini bagi mengalih perhatian rakyat terutamanya yang masih menyokong mereka dari terus fokus terhadap Chua Soi Lek yang mahukan 30% pegangan bumiputera didalam ekonomi dikurangkan.. atau dalam lain ayat isu ini terpaksa ditimbulkan oleh Zahid bagi menyelamatkan Soi Lek.

Tindakan Chua Soi Lek yang menyarankan agar ekuiti Bumiputera dikurangkan secara berperingkat-peringkat juga adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Negara menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Presiden MCA itu juga dalam ucapannya di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Setar telah berkata negara-negara Islam di seluruh dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak.

Kerana kejahilannya juga beliau berkata tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita kerana tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan.

Kedua-dua isu yang telah dinyatakan oleh Chua Soi Lek itu sendiri telah menimbulkan rasa kurang senang para penyokong UMNO terhadap Presiden MCA itu dan kemarahan oleh masyarakat melayu itu disuarakan oleh PERKASA kononnya..

Bagi mengalihkan kemarahan penyokong UMNO terhadap sekutu UMNO didalam Barisan Nasional satu isu baru perlu ditimbulkan agar kemarahan itu dapat disalurkan kepada pihak lain.

Untuk disalurkan kepada Gerakan adalah tidak mungkin kerana Gerakan juga adalah sekutu UMNO didalam Barisan Nasional.

Jadi sasaran mudah UMNO dengan dibantu oleh media yang ditunggangi oleh mereka ialah Lim Guan Eng dan DAP yang menerajui Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Biarpun telah dinafikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang di sini
,di sini dan di sini, UMNO dan Utusan dibantu pula oleh TV3 terus memainkan isu ini..

Memang benar ada nama Guan Eng disebut didalam doa itu menurut beberapa orang sahabat, tetapi ianya disebut bukan sebagai menggantikan nama Tuan Yang Di Pertua negeri Pulau Pinang mahupun Agong sepertimana yang dihebohkan oleh UMNO dan medianya itu..

Imam yang menyebut nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu telah berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu.. salahkah doa itu?

Kalau 20 tahu dulu UMNO menggunakan kaedah ini rakyat mungkin percaya, tetapi sekarang dimana ramai rakyat yang telah faham taktik-taktik lapuk UMNO, ianya hanya menjadi bahan ketawa..




Oleh AnakSungaiDerhaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan