Pengikut

Ahad, 22 Ogos 2010

Berdoa untuk Lim Guan Eng Haram.. Berdoa untuk Kamalanathan Halal?

Menurut apa yang dilaporkan oleh Berita Harian Online Disini,Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Moin Ismail, 70, antara ratusan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Menora, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu mendakwa khatib mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta rakannya dalam kerajaan negeri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Masih kita ingat dalam kerancakkan kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu, UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bahawa mereka akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan .

Di mana Harussani Zakaria ketika UMNO mengadakan Majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk calon mereka P. Kamalanathan seorang Hindu ketika itu?

Kenapa tiada sebarang kata-kata yang keluar dari mulut Harussani Zakaria, kenapa beliau tidak berkata hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram sebagaimana beliau berkata seperti sekarang dalam kes yang melibatkan Lim Guan Eng?

Bertukar menjadi Syaitan yang Bisu kah beliau ketika UMNO mengadakan Majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk P. Kamalanathan?

Bukankah ini jelas menunjukkan Harussani Zakaria menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam jika ianya dilakukan oleh UMNO sebaliknya jika dilakukan oleh Pakatan Rakyat maka beliau dengan segera mengharamkannya pula.

Contoh lain ialah Jom Heboh TV3, dulu ianya telah difatwakan oleh Harussani Zakaria sebagai haram beberapa tahun yang lalu tetapi bila ianya hendak diadakan di Perak ianya menjadi halal.

Adakah tindakan UMNO itu halal bagi Harussani Zakaria kerana ianya dilakukan oleh UMNO yang menjadi punca rezekinya?





Dari Anak Sungai Derhaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan