Pengikut

Rabu, 25 Ogos 2010

Adakah PKR Anjing Kepada DAP ??

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. - Nik Nazmi (Pengarah Komunikasi PKR)

Jika benarlah kenyataan di atas hadir dari Pengarah Komunikasi PKR, maka adalah begitu sayang sekali kerana 'orang dalam' membenarkan Barisan Nasional maju beberapa langkah ke hadapan. Inilah yang dinamakan kejayaan politikal mileage untuk jangka masa panjang, cukup untuk sampai ke detik PRU13. Modal ini akan digunakan secara meluas dan ia pastinya mengundang kebencian daripada pengundi yang cintakan Islam.

Jika inilah jawapan seorang Pengarah Komunikasi PKR apabila dibentangkan isu hudud, maka bibit-bibit sesalan pastinya terserlah di kalangan mereka yang telah memberi kepercayaan terhadap parti yang bertekad membawa perubahan. Adalah begitu memalukan untuk seorang yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, adalah lebih baik sipolan ini mengucap kembali dua kalimah syahadah kerana ditakuti terpesongnya akidah apabila menidakkan hukum yang dituntut Allah.

Seperti yang telah saya usulkan artikel berkenaan hudud dalam entri sebelum ini, Nik Nazmi boleh menyertai Karpal dan Kit Siang dalam memenuhi kehendak mewujudkan negara berteraskan undang-undang konvensyen sekular, iaitu undang-undang yang diperkenalkan oleh penjajah.

Saya berasa amat kecewa dengan situasi yang tidak sepatutnya ditimbulkan oleh seorang yang dilantik sebagai Pengarah Komunikasi. Di harap, Pakatan Rakyat berjaya mengatasi masalah ini dengan bijak, atau mengenakan tindakkan yang keras kepada penentang penubuhan negara Islam Malaysia.

Terus terang saya katakan, tidak sedikit pun masalah bagi saya sekiranya kenyataan cakap ini hadir dari orang bukan Islam seperti Karpal dan Kit Siang, kerana mereka belum khatam pemahaman Islam. Malang sekali apabila ia hadir dari seseorang yang sepatutnya arif tentang keperluan hukum hudud dilaksanakan.

Justeru, saya memohon agar sekiranya kenyataan itu bukanlah maksud sebenar dari saudara Nik Nazmi yang saya sanjung sebelum ini, atau telah ditokok tambah oleh media, silalah buat penafian dan penegasan semula berkenaan tajuk hudud. Apakah Nik Nazmi juga menolak hudud sepertimana 50tahun pemerintahan UMNO?

Sila buat satu kenyataan rasmi, untuk menafi atau membuat penjelasan. Atau memang benar-benar memaksudkan 'penubuhan negara Islam adalah sia-sia'.




Dari edyesdotcom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan