![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-gHppqZIXPMQdMEmWmzRUrkBBgcu1uTkEcTUMWKk_QwG-Ih4Aavf701f9Gvqx8earMSBNhr5xMTswoVrWipecX21LhmwdYgWzk24fS22IG1bDfZhxTpILQpe7Yrk3NQwQ6wlYrTAXsIyK/s200/anuarapco.jpg)
Anwar berkata sebuah organisasi Yahudi sedunia kini giat melobi supaya negara Israel memutuskan hubungan dengannya.
"Badan Yahudi sedunia kata Anwar Ibrahim merupakan seorang musuh Yahudi utama, maka orang Israel mesti putuskan hubungan dengan dia," katanya.
Pada 3 Jun lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith International mengisytiharkan Anwar sebagai ancaman kepada kaum Yahudi.
Berucap dalam ceramah 'Yahudi & Judi' di Selayang malam tadi, Anwar mengaitkan keganasan Yahudi dengan pengaruh Amerika Syarikat (AS).
"Israel tidak akan menjadi ganas dan zalim tanpa dokongan AS. Saya tidak ada masalah kalau berbaik dengan AS tetapi jangan tunduk dengan AS.
"Bila Israel tidak iktiraf (Hamas), AS pun tidak iktiraf. Bila AS tidak iktiraf, Umno pun tidak iktiraf," katanya disambut dengan gelak ketawa daripada hampir 2,000 orang yang hadir.
Terus kaitkan 1Malaysia dan One Israel
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbdr5tP54S7hQqB2QkrGP6hW6z0Jaub73Rc1cUF3KHohy5LLUqRu6SE4PRMNcWHDHl6FU-Blgv1shgbCkzskPgIQ2EYZ6cNYq8xnMEhPWc_eThFEIOhAoI17c6ONCdRwKbGpTNI-coVxYA/s200/bc0410dada7e36cf885a790660e4ad8f.jpg)
Ketika berdepan dengan Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen, Anwar terus mendakwa telah mengemukakan 'bukti' berhubung dakwaannya yang mengaitkan slogan 1Malaysia dengan One Israel.
Jelasnya, bukti tersebut merupakan perjanjian yang dimaterai antara negara Israel dengan firma perundingan Apco Worldwide pada "tahun 1991 (atau) 1992" serta perjanjian sama yang ditandatangani Malaysia dengan firma yang sama pada 2009.
"Pada tahun 1999 perdana menteri Israel lancarkan One Israel, pada 2009 pula Najib lancarkan 1Malaysia," katanya lagi.
Tambahnya, pegawai yang menguruskan Apco itu pernah bertugas di badan perisikan Israel yang berpengkalan di AS.
Katanya lagi, beliau tidak gentar sekiranya digugurkan daripada menganggotai Parlimen, berikutan pendedahannya itu.
"Kalau saya digugurkan selama enam bulan, saya selama enam bulan akan jelajah seluruh negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan