Sungguh mengejutkan dan pastinya satu berita paling sensasi yang ingin kita lihat sebenarnya. Ia berkaitan dengan sokongan rakyat dan umat Islam terhadap satu demonstrasi yang sama di ibukota semalam. Demontrasi yang diadakan bertujuan membantah kekejaman dan tindakan Israel yang menghalang bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza baru-baru ini. Dalam kejadian Isnin lalu, misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tergendala apabila tentera dan polis Israel menyerang serta menahan aktivis yang menaiki kapal Turki Mavi Marvara. Malahan turut bersama ditahan adalah 12 orang rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut.
Seluruh dunia kecewa dan mengecam tindakan berkenaan. Namun anehnya, kerajaan Malaysia mengambil masa yang agak lama sebelum menyuarakan pendapat mereka. Inilah yang memusykilkan kita, apakah dek kerana perjanjian usaha sama APCO dengan 1Malaysia? Lantaran itu menyebabkan kerajaan takut mengutuk Israel?. Maka, petang semalam selepas solat Jumaat dua demontrasi untuk tujuan yang sama telah diadakan. Satunya adalah anjuran Pakatan Rakyat dan satunya anjuran UMNO Barisan Nasional. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah menerusi demontrasi itu pun, kita sudah boleh melihat sokongan rakyat terhadap UMNO sebenarnya. Umat Islam yang berada di Masjid Negara langsung tidak berselera untuk bersama Pemuda UMNO "memekik dan melolong" kononnya mereka ingin membela rakyat Palestin.
Khairy sedang menyampaikan ucapan semasa demontrasi UMNO semalam
dan dibelakangnya kelihatan si Lokman Noor Adam (petualang rakyat)
Lihat aksi pemuda UMNO yang berdemo tetapi tanpa mendapat sokongan
majoriti umat Islam yang bersolat Jumaat di Masjid Negara semalam
Amat menyedihkan apabila demo yang dipimpin oleh Khairy Menantu Pak Lah itu hanya disertai tidak kurang dari 200 orang peserta sahaja. Malah, bacaan doa yang dibuat oleh Exco Pemuda UMNO si Lokman Noor Adam langsung tidak mendapat perhatian dikalangan jemaah solat Jumaat yang lalu lalang disitu. Maka, terpekik-pekiklah puak-puak pemuda UMNO melaung "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin". Selain itu juga terdapat dikalangan mereka yang membawa sepanduk tertulis "justice for Gaza" dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang".
Menariknya, himpunan UMNO itu hanya disertai oleh beberapa buah NGO yang menjadi proksi rapat parti itu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajara Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia. Tidak kelihatan pun NGO Islam yang lain bersama puak-puak UMNO selamam. Mungkin mereka tahu bahawa perjuangan yang dibawa oleh puak-puak UMNO itu hanya retorik semata-mata. Sebaliknya dibelakang tabir puak-puak UMNO itu sendiri menyokong dan berkerjasama dengan Yahudi itu sendiri sebenarnya.
Lebih 10 Ribu Sertai Demontrasi Pakatan Rakyat
Ia berbeza dengan demontrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, apabila demo yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Jamek Kg.Baru selepas solat Jumaat semalam telah disertai oleh ribuan rakyat dan umat Islam (lebih 10 ribu).
Malah, perarakan bagi menghantar memorandum kepada Kedutaaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kawasan itu juga telah disertai oleh lautan manusia. Demo yang turut disertai oleh ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS dan DAP itu telah mendapat sambutan hangat dikalangan umat Islam. Malah, ramai dikalangan mereka yang berlari mengikut kumpulan terbabit secara spontan selepas melihat perarakan itu melalui kawasan mereka. Laungan slogan "hancur Israel" dan "khaibar ya Yahud" bergema di sepanjang perjalanan. Semuanya bersemangat untuk menentang campurtangan Israel terhadap halangan yang dibuat kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.
Antara ribuan umat Islam yang menyertai demontrasi anjuran Pakatan
Rakyat di Masjid Jamek Kg.Bharu selepas solat Jumaat petang semalam
Mat Sabu, antara pemimpin yang berucap mengutuk Israel dan kelihatan
ribuan manusia berarak ke Kedutaaan Amerika untuk nyatakan bantahan
p/s:Daripada dua senario yang berbeza ini, membuktikan kepada kita bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO semakin luntur terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan dengan membela umat Islam sebenarnya. Malah, rakyat tidak yakin dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO itu sejak dulu kini dan selamanya.
Isu APCO, serta berbagai lagi kerjasama dengan beberapa buah syarikat Yahudi membuatkan rakyat hilang keyakinan bahawa benarkan UMNO ingin membela Islam?. Malah, keengganan puak-puak UMNO mendesak kerajaan BN pimpinan UMNO sendiri membatalkan kebenarana lesen judi bola Piala Dunia jelas sekali menggambarkan bahawa orang Islam dalam UMNO tidak berminat untuk ke arah itu. Mereka tidak berminat untuk meletakkan Islam ke tempat asalnya. Mereka hanya menggunakan Islam semata-mata untuk memancing undi pilihanraya semata-mata.
Malah, mereka juga gagal melaksanakan undang-undang Islam terhadap kes jenayah Syariah seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II yang sedang dilaluinya sekarang ini. Lantaran itulah rakyat melihat perjuangan puak-puak UMNO untuk membela umat Islam Palestin hanyalah "indah kabar dari rupa" semata. Mereka sebenarnya tidak mempunyai "roh perjuangan Islam sebenar" ke arah itu. Lantaran itulah kita tidak hairan demontrasi anjuran UMNO langsung tidak mendapat perhatian umat Islam semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan