Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

UMNO kesuntukan masa, PR di landasan yang betul

UMNO parti melayu yang dah lupus tarikh lakunya kini sedang berperang dengan masa.Pengundi cina sedang mengajar UMNO erti demokrasi sebenarnya.Oleh kerana UMNO sudah sebati dengan demokrasi tempang maka sudah tentu UMNO dihambat kerunsingan melampau untuk menyelamatkan mereka dari terus pupus dan menjadi bahan kajian sejarah.

Di Thailand,keangguhan baju merah dipatahkan oleh tentera, tetapi di Malaysia keangguhan UMNO sedang diajar oleh people power di mana UMNO semakin kesuntukan masa untuk memastikan kesinambungan kuasanya.
UMNO cuba sedaya upaya untuk memenangi semula hati separuh rakyat Malaysia yang menolak mereka semasa PRU 12.Seiring dengan itu UMNO turut bermain api bila mana pada ketika mereka berusaha memenangi hati rakyat, mereka juga dengan licik membelanjakan harta rakyat dengan jumlah yang besar untuk mendapat short cut kepada usaha memenangi hati rakyat.Keputusan PRK sejak PRU 12 ialah 8-2, sementara rekod merampas kawasan lawan ialah 2-1 memihak kepada PR selepas PRK Sibu.Keputusan ini jelas menunjukkan masih lagi separuh rakyat Malaysia menolak UMNO dan beralih kepada PR.Tren ini menakutkan UMNO yang masih mencuba membeli MP PR dengan duit rakyat semata mata untuk mencukupkan majoriti 2/3.Dengan majoriti 2/3, bakal melihat UMNO menambah dan menyusun semula kawasan parlimen untuk menyelamatkan survival mereka seperti beberapa kali yang sudah dilakukan sebelum ini.

Itulah percaturan yang dibuat UMNO tetapi keputusan PRK Sibu memberitahu sesuatu yang menakutkan UMNO.Majoriti yang diumumkan sebanyak 398 tidak diterima rakyat kerana fakta yang ada menunjukkan kemungkinan majoriti itu sebanyak lebih 7 ribu undi.Begitu juga fakta PRK Hulu Selangor yang merekodkan kemenangan BN dengan majoriti 1,700 undi sedangkan jumlah pengundi yang dipindahkan ke parlimen Selayang sebanyak 14 ribu orang.Dari fakta ini sahaja sudah dapat diagak kemungkinan ketewasan BN dengan majoriti yang besar dan kemungkinan akan menjadi lebih besar seandainya penipuan dan rasuah pilihanraya tidak terjadi.

Fakta fakta inilah yang menjadi igauan kepada UMNO sekarang ini kerana masa mereka semakin suntuk dengan PRU 13 semakin hampir.Dengan pengundi cina sudah mengesahkan penolakan mereka, kini UMNO mula bimbang dengan sokongan melayu, apatah lagi sehingga kini masih banyak janji PRK belum ditunaikan.Kebanyakan janji janji ini ialah janji kepada pengundi melayu yang mungkin sudah melihat ketidakmampuan UMNO untuk menunaikan janji mereka selepas Cina menolak UMNO.

UMNO kini terpinga pinga kerana kalau mereka berjaya mendapat 2/3 majoriti sekalipun, belum tentu taktik persempadanan semula bakal menolong mereka menang di PRU nanti malah fix deposit mereka di Serawak mungkin akan ditunaikan dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Katak katak yang sedang mengaum nampaknya tidak mampu memberi kelebihan kepada UMNO malah berkemungkinan akan dimakan ular besar tidak lama lagi.

Sementara itu, PR sedang mengukuhkan kedudukan mereka dengan menifesto yang jelas dan dengan kejituan kerjasama antara parti pakatan.Keputsan PRK Hulu Selangor sudah menjawab semua pembohongan UMNO mengenai keruntuhan PKR, sementara DAP semakin selesa dengan PAS.Kini pemimpin DAP tidak lagi fobia dengan negara Islam malah pemimpin DAP yang pernah berkataover my dead bodydulu sudah pandai bercakap pasal mandi junub.

Di akar umbi, permintaan demi permintaan diajukan kepada PAS agar membuka pintu kepada bukan Islam menjadi ahli dan selepas PRK Sibu, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dirasmikan dengan kelayakan ahli ahlinya diiktiraf sebagai ahli PAS dan layak menjadi calon Pilihanraya.Penubuhan DHPP ini memberi tamparan kepada rakan rakan UMNO dalam BN kerana keahlian dan sokongan mereka semakin mengecil.Kerana itu ketua pemuda Gerakan melenting sehingga mencadangkan PAS dipimpin oleh bukan Islam.Cadangan yang bodoh dari seorang ketua pemuda yang bodoh kerana tidak mahu menerima kenyataan dan tidak tahu menghormati aspirasi orang lain serta tidak menerima hakikat bahawa PAS dalam PR sedang berperang bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan rakan rakan UMNO termasuk Gerakan juga.

PKR, DAP dan SNAP lebih matang dalam menerima penubuhan DHPP kerana PKR, DAPdan SNAP menghormati permintaan sebahagian rakyat bukan Islam yang lebih selesa dengan PAS berbanding mereka.Kematangan yang ditunjukan oleh parti parti dalam pakatan rakyat yang sentiasa menerima dan menhormati kawan membuktikan bahawa PR sedang bergerak di landasan yang betul.

Semuga ALLAH memberi pertolongan kepada perjuangan ini.

Amin.





Oleh notan (TKO)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan