Pengikut

Isnin, 3 Mei 2010

Menanti MCA keluar BN dan menyertai PR

Salam 1Melaya... hehehe

Orang Cina sudah sah menolak BN dan UMNO sementara MCA sebagai satu parti yang ditubuhkan untuk membela orang orang Cina rasanya sekarang ini berada di persimpangan(pinjam istilah yang pernah dipopupar oleh Dato Shahrir Samad).Keputusan terbaru di Hulu Selangor boleh menyebabkan MCA berfikir dua kali mengenai kedudukannya dalam BN.Kalau MCA terus menerus berada dalam BN, kemungkinan kehancuran mereka amat tinggi kerana orang Cina yang bersama MCA sekarang ini semakin tertekan dan kemungkinan mereka akan menukar arah kepada PKR atau DAP sekiranya MCA terus berdegil untuk terus bersama BN.

Fenomena yang menarik dan menakutkan bagi kedudukan perkongsian kuasa ala BN.Orang Cina yang selama ini bergantung harap kepada MCA untuk membela mereka sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan MCA yang turut terpesona dengan amalan UMNO dan turut sama bersengkongkol dengan UMNO terutama dalam kes PKFZ dan beberapa kes penyelewengan lagi.Akibatnya, CJM dan beberapa pemimpin MCA yang bersih dan jujur menyertai PKR dan hal ini menyedarkan penyokong mereka bahawa MCA sudah jadi macam UMNO.

Perkembangan terbaru dalam kepimpinan MCA memperlihatkan usaha mereka untuk menyelamatkan MCA tetapi malang sekali keputusan PRK Hulu Selangor tidak menunjukkan orang Cina terpengaruh dengan perubahan pucuk pimpinan mereka sebaliknya, orang Cina memberi kemenangan besar di DUN KKB kepada PR sementara penyertaan MCA dalam kempen PRK Hulu Selangor langsung tidak diendahkan oleh pengundi Cina di sana.

Jadi pucuk kepimpinan MCA yang baru harus bertindak lebih drastik sekiranya mereka mahu menyelamatkan MCA dan menarik kembali sokongan orang orang Cina.Apatah lagi, saranan presiden PERKASA(baca PERKOSA),supaya kerajaan menangguhkan bantuan yang dijanjikan kepada masyarakat Cina kerana masyarakat Cina tidak mengenang budi banyak mengguriskan perasan orang Cina yang hari ini semakin mesra dengan bangsa bangsa lain disekeliling mereka.Jelas PERKASA mahu menjadikan kerajaan sebagai pemilik mutlak kepada negara dengan melupakan bahawa orang orang Cina turut menyumbang kepada hasil negara melalui cukai yang mereka bayar.Pada PERKASA,orang Cina adalah pendatang yang tidak perlu dibantu sekiranya mereka tidak menyokong kerajaan walaupun mereka juga diwajibkan untuk membayar cukai seperti orang lain.Undi yang diberi kepada PR dianggap tidak mengenang budi dan pemikiran seperti ini banyak mempengaruhi ahli ahli MCA untuk berfikir tentang penyertaan mereka seterusnya dalam BN.

Melihat kepada fenomena yang berlaku,rasanya MCA tidak mempunyai masa depan dengan BN dan satu alternatif yang terbuka kepada MCA ialah keluar dari BN dan menyertai PR sebagai satu langkah yang selari dengan aspirasi orang orang Cina sekaligus mengekalkan MCA dalam peta politik negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan