Pengikut

Rabu, 5 Mei 2010

Ketika jiwa Melera

Assalamualaikum warahmatullah Dan Salam sejahtera buat semua rakan-rakan dan sahabat

Entah kenapa semenjak dua menjak ni saya tengok kat blog FaceBook kesayangan saya banyak betul ayat-ayat yang meruntun jiwa. Menyentap rasa lantas membekas di dada. Wa jiwang betul bunyinya. Sesekali takpe kan sahabat? Huhu. Oklah... hati teringin sama berkongi rasa lantas cuba menyelami perasaan itu walau mungkin agak sukar memahaminya...

Sahabat...
Soal hati sebenarnya soal yang terlalu kompleks untuk kita perbahaskan. Melihat pada orang kita, khususnya Melayu itu sendiri perkataan hati itu terlalu banyak kaitannya... ada ketika hati itu jatuh aduh indah sekali erm tak kurang yang sakit hati yang ni kurang baik didengar, bahkan ramai juga di kalangan kita yang suka makan hati huhu hinggakan timbulnya pepatah Melayu makan hati berulang jantung lebih baik dari makan tulang hehe Dan yang lebih parah lagi ada yang terus terkunci hati huhu... lantas sepi sendiri membawa hati melara. Moga disuatu harikan terbuka hati itu. Amin.

Jom kita tengok pula apa pula hati dalam Bahasa Arab, khususnya apa kata agama kita tentang hati. Orang Arab memanggilnya sebagai Qalbun dan orang Melayu memimjamnya lantas memanggilnya sebagai Kalbu. Apa ada pada Qalbun ini?. Qalbun kalau diintai-intai dalam bahasa Melayunya bolehlah diterjemahkan sebagai " berbolak-balik " atau berubah-ubah ", mungkin kerana itu hati sering keliru terkadang begini terkadang begitu. Seketika merindu tetiba hati membenci. Itulah hati bukan? Sebab itu saya teringat satu unjuran doa dari Baginda Rasul kita. Pesanan baginda agar sentiasa memohon kepada Tuan Yang memegang hati Tuan yang Bernama Muqallib Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati...

Maksudnya : Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati... tetapkan hatiku di atas jalan agamamu.

Itulah dia pesanan baginda kita. Betapa baginda mengingatkan kita agar sentiasa bergantung kepada Allah tuhan yang memegang tampuk hati ini. Dialah yang maha berkuasa ke atas setiap hati yang bernama makhluk. Hanya pada Dialah tempat bergantung dan memohon agar di tetapkan hati. Diberi ketabahan dan seterusnya terus kekal di atas jalannya. Tidak ada yang lain mampu memegang dan mengawal hati ini. Hati adalah milikNya abadi. Pohonlah.

Bagaimana untuk menghidupkan hati itu agar tetap utuh dijalannya? Erm. Lihat saja ilustrasi di sebelah (kanan). Mungkin ilustrasi tersebut dapat memberikan seribu gambaran pada kita. Ya. Dengan bermunajat kepadanya. ٍٍSesuatu yang amat mudah diungkapkan tetapi amat sukar untuk diamalkan. Tepuk dada tanyalah iman di jiwa. Belajarlah untuk melupakan segala kenangan silam, terimalah sesuatu sebagai takdir darinya... belajarlah tentang takdir dan menerimanya.

Dan kerana itu, nabi SAW juga bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada setiap jasad manusia ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah jasad, apabila rosak daging itu maka rosaklah jasad.. ketahuilah, sesungguhnya ia adalah hati".

P/s : Untuk akhirnya, buat sahabat yang masih punya hati... peliharalah sebaiknya. Sesungguhnya hati bukan kristal. Hehe.

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Amir DarkJustice
Ptg. Pauh P.Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan