“Kita tidak boleh suruh Ketua Polis Negara lepaskan jawatan hanya kerana satu insiden, apa lagi jika insiden itu bukan tanggungjawab langsung (direct responsibility) beliau. Dalam mana-mana organisasi ada ramai anggota... melainkan ia tanggungjawab langsung Ketua Polis Negara, ia perkara lain,” katanya (dilapor oleh Berita Harian). Ini berbeza dengan Saidina Umar yang menangis kerana khuatir seekor unta atau kuda mungkin terseliuh kakinya di kawasan yang jauh lalu Saidina UMNO dipersalahkan di akhirat kelak.
Ayat Najib ini terpakai untuk dirinya. Sekalipun berdozen ahli UMNO yang rasuah, dirinya sedikitpun tidak terasa. Not responsible kata orang putih.
Sejak Najib memerintah, Malaysia dipenuhi dengan pelbagai siri pembunuhan dan kematian. Teoh, Model Monggolia, Kugan, Aminulrashid, Siva Pandian dan sebagainya.
Berhati-hati bila berbicara. Susah nak jawab di akhirat kelak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan