Pengikut

Selasa, 4 Mei 2010

Ezam, Istiqamah itu Memang Sukar!

Teka-teki tentang Ezam Md Nor berakhir. Beliau akhirnya mengangkat sesumpah, maaf, mengangkat sumpah menjadi senator bersama senator-senator baharu yang lain. Orang lain saya tak kisah sangat tetapi tentang Ezam, maka ia cerita yang sedikit berbeza.

Ceramahnya, kata-katanya, kesungguhannya menentang UMNO/BN dan rasuah terutamanya melalui GERAK akhirnya menggerakkan hatinya kepada apa yang ditentangnya sebelum itu. Rasuah sudah hilang bila mengangkat sesumpah, maaf, sumpah? Integriti UMNO/BN sudah pulih dengan mengangkat sesumpah, maaf, sumpah?

Segala hamburan liur dan ludah kemudian dijilat balik? Ada akhbar harian melaporkan tentang aktiviti remaja di sebuah pusat hiburan dikenali dengan ‘jilat dan tampal’. Ia menjijikkan, penuh dosa dan noda. Apa bezanya dengan menjilat balik ludah yang dilemparkan sebelum ini tentang segala kezaliman, rasuah, kebobrokan dan keburukan UMNO/BN?

Memang istiqamah dengan perjuangan menegakkan kebenaran itu cukup sukar. Kalau tidak masa kan Nabi sendiri menyebut: ‘ Ayat dari surah Hud menyebabkan rambutku beruban’.

kuliah berkaitan:”Istiqamah”

Ayat tentang apakah itu? Ayat tentang jihad, perjuangan, rasuah atau apa? Itulah ayat tentang istiqamah, komited dengan prinsip perjuangan menentang segala bentuk kemungkaran.

Musyrikin Mekah pernah menawarkan kepada Nabi pelbagai tawaran menarik ketika Nabi di Mekah. Ia bukan sesuatu yang mudah. Kalau anda di situ, barangkali sudah lama anda menerimanya Ezam. Anda mempertahankan anda layak menjadi senator kerana perangi rasuah dalam GERAK. Kalau anda dilantik menjadi senator kerana peranan anda memerangi rasuah, maka saya akan ketawa terbahak-bahak dan berguling-guling dengan dakwaan itu. UMNO/BN yang membusuk hingga ke usus itu langsung tidak menyedarkan anda tentang hakikat yang sedia ada dalam UMNO/BN.

Benar sekali sabdaan Nabi SAW tentang Istiqamah itu. Ia membuatkan rambut Nabi SAW beruban kerananya. Ezam tidak perlu risau tentang rambutnya, ia tidak cepat beruban, masih hitam, kerana tidak perlu fikirkan tentang besarnya Istiqamah dalam perjuangan itu. Moga Allah menetapkan hati kami dalam perjuangan Islam dan kebenaran, dan moga Allah menyedarkan kamu semula wahai Ezam tentang perjuangan kamu dahulu sebelum rambutmu beruban sepenuhnya disebabkan usia.

Petikan dari malaysiakini kenyataan Ezam:

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai “Ezam Kotak”.

Bercakap kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan, Ezam membidas pengkrirtik kononya dia tidak layak dilantik sebagai senator.

Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.

Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).

Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya.



-ustnik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan