Pengikut

Isnin, 22 Mac 2010

Pemuda Gerakan mengecam KDN Double Standard!

Pemuda Gerakan mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberi surat amaran kepada China Press, malah mendakwa tindakan ini telah mencungkil pertikaian terhadap KDN bahawa ia telah mengambil pendirian double standard dalam isu "kebertanggungjawaban media".

Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai (gambar kiri) menekankan bahawa KDN seharusnya melayan semua media dalam negara ini secara adil. Seandainya kandungan media didapati tidak menepati kebenaran, maka media tersebut perlu diambil tindakan yang sama, tanpa mengira bahasa pengantar atau latar belakang orang perseorangan, termasuklah Utusan Malaysia.

"Malangnya, isu China Press hari ini telah mengukuhkan persepsi masyarakat bahawa kerajaan tidak adil dan mengambil pendekatan double standard," katanya.

Beliau berkata, tidak kurangnya rakyat yang mempertikaikan amaran ke atas China Press dan tindakan yang sama terhadap Star kerana menyiarkan kandungan sensitif sebelum ini, sambil bertanya mengapa pula Utusan Malaysia tidak diambil tindakan oleh KDN kerana menyiarkan laporan dan rencana yang berbau hasutan?

Beliau berkata, walaupun KDN telah menyatakan bahawa tindakan tidak akan diambil terhadap China Press. Namun, apa yang menyemarakkan kemarahan ramai adalah, mengapa media tertentu, yang banyak kali menyiarkan laporan yang memecah belahkan perpaduan rakyat, memainkan isu sensitif, dari dulu hinggalah sekarang, tetapi tidak berdepan dengan apa-apa masalah?

"Seandainya KDN ingin menyahut gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, maka ia tidak harus memberi gambaran tidak adil atau double standard dalam isu pemantauan media," katanya.

*Kenyataan media oleh Dominic Lau Hoe Chai, selaku Setiausaha Pemuda Gerakan. Diterjemahkan daripada kenyataan asal yang ditulis dalam bahasa Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan