Usaha kerajaan memansuhkan caj wad untuk kakitangan kerajaan yang telah bersara di lihat satu langkah yang baik. Walaupun agak terlambat namun golongan pesara bolehlah menarik nafas lega dengan perkembangan ini.
Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa digredkan tahap keselesaan pesara yang ingin mendapatkan rawatan ini? Daripada bertugas sebagai penjawat awam sehingga bersara terus mereka dipisahkan oleh ‘gred’ yang tertentu.
Ramai tertanya-tanya apakah pegawai tinggi mendapat layanan dan penjagaan yang lebih sempurna berbanding angota berpangkat rendah?
Sakit sama sakit , dan sama-sama pernah mencurah bakti kepada negara jadi mengapa mesti dikelaskan kelayakan wad dan layanan daripada kerajaan?
Sepatutnya jika kerajaan ikhlas dan prihatin kepada bekas pekerjanya kesemuanya seharusnya mendapat layanan yang sama-rata. Jika terpaksa bersesak dan berkongsi katil ,berkongsilah. Agar kita sama-sama merasa erti hidup yang sebenar tanpa ada perbezaan pangkat atau gred! Lucu jika dikatakan Satu Malaysia tapi wad untuk rawatan hospitalpun digredkan!
Respon dari orang awam juga agak menarik. Mereka juga mengharapkan layanan yang serupa daripada kerajaan. Petani , Peneroka , Nelayan dan buruh am juga memberikan input yang sangat besar kepada kemajuan negara. Beras , Ikan , Sayur dan alatan yang boleh didapati dengan mudah. Dari manakah agaknya barang-barangan itu datang jika tidak dengan titik-peluh golongan yang seakan terpinggir ini?
Dengan kenaikkan majoriti harga barangan asas dan keperluan untuk hidup dimanakah lagi mereka ini boleh mendapatkan pendapatan tambahan jika ingin mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih baik?
Dalam manifesto pilihanraya umum yang lalu Pas dan Pakatan Rakyat bertegas untuk memberikan kemudahan rawatan percuma kepada semua rakyat seandai dipilih menerajui kerajaan. Namun waktu itu ramai yang mempertikaikan kewajaran langkah itu. Tapi sekarang di saat kehidupan makin tersepit dengan segala tuntutan kewangan dan material barulah rakyat terfikir betapa satu undi itu boleh mempengaruhi kehidupan.
Kita fikir amat wajar jika kerajaan memperluaskan lagi pemansuhan caj wad ini kepada semua rakyat. Semuanya memberikan sumbangan kepada negara dan bukan hanya golongan yang tertentu sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga jasa yang bakal ditinggalkan oleh Dato’ Najib jika langkah ini dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan