Kerajaan Pusat dicabar untuk membatalkan pelantikan syarikat Apco Worldwide dalam urusan komunikasi negara, kerana bertentangan dengan dasar luar negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyenaraikan segala urusan kerjasama di antara kerajaan dengan Apco termasuk jumlah bayaran yang diberikan kepada syarikat tersebut.
“Saya minta kerajaan perjelaskan siapa Apco, berapa dia dibayar, apa peranan dalam negara ini dalam bidang komunikasi, kesihatan, pendidikan, maklumat dan kesemuanya.
“Sama ada ini berkaitan dengan keselamatan negara ataupun tidak, ia mempunyai hubungan dengan jawapan saya nanti (yang mengaitkan kerajaan dengan sebuah firma penasihat Israel)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau akan memberi jawapan pada masa terdekat.
“Perdana Menteri tidak menafikan penglibatan Apco secara menyeluruh dalam komunikasi di negara ini. Isu yang timbul bukan 1Malaysia sama seperti 1Israel tetapi isu tindakan kerajaan bersekongkol dengan Israel.
“Saya akan memberi penjelasan mengenai perkara dengan hujah saya nanti termasuk memberi kenyataan tambahan mengenai Apco itu sendiri,” katanya
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, pelantikan Apco sebagai perunding komunikasi negara bertentangan dengan dasar luar negara yang jelas mengutuk tindakan Israel yang menindas rakyat Palestin.
Menurutnya, Apco yang juga sebuah firma perunding antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu dimiliki individu berpengaruh dalam pentadbiran Israel.
“Soalannya mudah, adakah kerajaan mengambil Apco untuk menguruskan 1 Malaysia dan bukannya soalan mempromosikan 1Malaysia secara khusus atau tidak,” katanya.
Beliau berkata, jawapan yang diberikan oleh kerajaan pula tidak menafikan penglibatan Apco oleh kerajaan ia- itu syarikat berkenaan hanya dilantik untuk melaksanakan urusan komunikasi secara menyeluruh.
“Saya mahu tanya apakah komunikasi menyeluruh yang dilakukan oleh kerajaan setelah (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kalau bukan gagasan 1Malaysia?
“Sekiranya mahu me- nyangkal tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai 1Malaysia dengan 1Israel, kita perlu lihat bahawa tindakan tersebut sebagai langkah untuk menyelamatkan negara,” katanya
Anwar membuat dakwaan itu apabila beliau membahaskan usul menjunjung kasih kepada Titah Diraja semasa perasmian persidangan Dewan Rakyat :Isnin lepas.
p/s:dulu depa nak perjuangkan islam (nama Allah) tapi bersekongkol dengan Yahudi (Israel)...biaq betoi?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan