Kenyataan Akhbar Dato' Seri Zahrain Hashim ahli parlimen Bayan Baru sebentar tadi bukanlah satu berita mengejutkan. Panggilan telipon bertalu2 menanyakan pandangan mengenainya, saya saya sambut dengan kesyukuran dan saya menyatakan itulah yang terbaik bagi Pakatan Rakyat. Kebetulan diakhir minggu lalu saya menghadiri majlis kenduri keluarga di Balik Pulau, saya sempat seperti biasa membuat penyelidikan dan tinjauan rambang di Pulau Pinang serta melihat persepsi rakyat terhadap Dato' Seri Zahrain.
Saya boleh menyimpulkan dengan mudah bahawa rakyat memang meluat dengan gelagat ahli Parlimen sebegini, yang berjuang bukan untuk rakyat tetapi untuk mendapatkan projek dan habuan. Macamlah mereka dalam UMNO/BN dahulu yang mementingkan dapat kontrak sampah, bersih padang golf dan pelbagai kontrak kerajaan walaupun sesetengah perkara mereka tidak punya kemampuan dan kebolehan. Hatta dengan bermodalkan syarikat RM2 mereka membida kontrak kerajaan, dan oleh kerana mereka dalah blue-eye boy sang pemerintah maka kelayakan pembida yang berkemampuan diketepikan kerana mereka bukan UMNO. Dalam hal sebegini kami ingin mengucapkan syabar keda YAB Sdra Lim Guan Eng! People will always remember your integrity, accountability and transparencies.
Berbalik kepada isu Pulau Pinang tadi, inilah yang juga dikakukan oleh mereka yang asalnya UMNO/BN, tetapi mungkin sedikit kecewa dengan pemerinthan UMNO/BN ketika itu kerana berada dalam kem yang 'salah' maka mereka mengendeng masuk parti2 PR. Maka dalam kerajaan PR yang mengamalkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti sebagai teras pemerintahan maka mereka akan rasa tersepit kerana 'susah nak cari makan'. Mereka termimpikan jutaan akan masuk dalam kantung apabila PR memerintah, rupanya jangkaan mereka meleset Ini kerana pimpinan yang punya integriti dan dasar perjuangan yang murni tidak akan toleran dengan pencacai-pencacai politik murahan begini.
Walaubagaimanapun tidak juga adil mereka semata disalahkan. Proses vetting calon oleh PKR juga saya jangkakan terlalu longgar. Lihatlah bagaimana lompatan maut oleh dua ADUN PR Perak yang menyebabkan robohnya kerajaan! Mereka bukanlah terdiri dari mereka yang berwibawa, punya ketokohan dan integriti. Mana mungkin mereka mendasari perjuangan yang murni melainkan untuk memenohi kantung mereka sendiri sahaja. Begitu juga ADUN Pelabuhan Kelang yang kecundang dan tidak sudi menziarahi rakyat! Akhirnya menjadi ahli bebas kononnya untuk mempertahankan prinsip dan tidak yakin lagi dengan PR! Sebenarnya mereka-mereka ini bukanlah layak menjadi pimpinan reformasi rakyat!
Saya sedih ketika PRU12 yang lalu proses pemilihan calon dan penentuan kerusi antara gabungan PR menjadi rahsia terbuka (open secret) bahawa proses melobi begitu kuat sekali! Kita tahu ada parti gabungan PR yang begitu rakus mahukan sesebuah kerusi walaupun mereka tahu mereka tidak punya calon yang berintegriti dan punya kebolehan memimpin serta mampu menjadi suara rakyat di Parlimen mahupun di DUN! Lihat sahajalah berapa kerat yang benar2 bersuara dan benar2 bersedia berhujah dengan penuh ilmiah, dedikasi dalam parlimen atau DUN. Ini semua kerana PR tidak menjalankan proses mewasit (referred) yang menjamin 'kesempurnaan' calon tersebut.
We hope leaders especially DSAI, Sdra Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan seluruh saf kepimpinan PR wil learn their lesson well. We also hope that negotiator like YB Azmin try to be more realistic on the allocation of seats! If you dont have reliable candidate for state assembly or parliment, please do not pressure your partner in the coalition for a seat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan