Pengikut

Rabu, 17 Februari 2010

Amerika Pulak Dah.. Desak Najib Berlaku Adil Kepada Anwar

Ini adalah kenyataan dari Senator John Kerry Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, United States.
Setelah 50 Ahli Parlimen Australia mengorak langkah mendesak agar fitnah dan tuduhan palsu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan kini Amerika pula menambah tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry menegaskan kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan prosiding undang-undang terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mencapai resolusi yang keputusan yang adil dan saksama.

"Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau
.


Following are the statement released today by Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim:

“I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim.

“It has been over a decade since Anwar’s first trial, on charges that were later overturned by the Federal Court. The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Mr. Anwar’s resumption of his role as elected Member of Parliament and leader of the parliamentary opposition.

I urge the Malaysian government to accord Mr. Anwar every legal protection to which he is entitled as a Member of Parliament and as a citizen– and to settle his case in a manner that builds confidence in the impartiality and credibility of the Malaysian judicial system.”


Anwaribrahimblog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan