Pengikut

Isnin, 11 Januari 2010

Wanita PKR bantah kenaikan harga barang

Kira-kira 30 ahli wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan bantahan kenaikan harga barangan di hadapan pintu masuk sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menipu rakyat hingga menyebabkan harga barangan kawalan terpaksa dinaikkan.

“Sudah 52 tahun rakyat menderita dan kami dari seluruh negara menentang habis-habisan kenaikan harga barangan berkenaan.

“Saya menggesa semua memberi tekanan kepada BN supaya mereka turunkan harga barangan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Medan, Haliza Talha berkata, rakyat cukup terbeban dengan kenaikan harga gula itu walaupun sekadar 20 sen.

“Kekurangan wang Perbendaharaan Negara menjadi punca kenaikan harga barangan walaupun diwartakan barangan kawalan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Selangor berkata, tidak cukup dengan itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan menambah lagi beban rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan