Pengikut

Isnin, 11 Januari 2010

Saifuddin janji laksana tugas sebaik mungkin

Pelantikan sebagai Setiausaha Agung yang baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin, memang mengejutkan namun saya menyifatkannya sebagai tan:ggungjawab yang harus dilaksanakan sebaik mungkin,” kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, pengalaman 20 tahun berkecimpung dalam bidang politik akan digunakan sepenuhnya setelah menjawat jawatan berkuat kuasa bulan depan.

“Tempoh 20 tahun itu bukanlah waktu yang singkat. Banyak benda yang saya belajar, bermula daripada tidak tahu tentang selok-belok politik, kini saya sudah mengerti dan memahami apa makna politik sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Saifuddin, yang juga Pengarah Pilihan raya Pusat PKR berkata, bekas Setiausaha Agung, Datuk Salehuddin Hashim telah melaksanakan tugas dan meletakkan sistem sepanjang berada dalam parti.

“Sehubungan itu, pelantikan ini adalah kesinambungan tugas yang harus diteruskan dengan sedikit penambahbaikan,” katanya.

Kelmarin, Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi parti memutuskan Saifuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung baru berkuat kuasa 1 Februari depan.

Pelantikan Saifuddin dilihat sebagai usaha mengekalkan keutuhan PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 memandangkan beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Strategi dan Pengarah Pilihan raya.

Ditanya sama ada layak atau tidak memegang jawatan Setiausaha Agung, Saifuddin berkata, hanya pimpinan pusat yang tahu mengapa beliau dipilih.

“Soalan ini, anda kena tanya kepimpinan parti, saya tak boleh jawab. Cuma saya boleh katakan, sebagai seorang ‘tentera’ yang taat pada ketuanya, s:aya menerima arahan dengan hati terbuka,” katanya.

Saifuddin berkata, pemimpin parti komponen PR gembira dengan pelantikan tersebut dan mereka menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengucapkan tahniah.

Sementara itu, Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan medianya berkata, Saifuddin yang merupakan Ahli Parlimen Machang, telah dilantik sebagai Setiausaha Agung baru dan pelantikan Saifuddin diterima Majlis Pimpinan Pusat, kelmarin.:

Beliau berkata, pelantikan tersebut diputuskan pada mesyuarat Biro Politik kelmarin dan antara isu lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah peletakan jawatan Setiausaha Agung, Datuk Salehuddin Hashim.

“Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau (Salehuddin) dan menerima peletakan jawatan mulai 31 Januari ini.

“Saya m:engucapkan ribuan terima kasih kepada beliau di atas perkhidmatan cemerlang,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan