Sewaktu Artikel ini ditulis, sebuah gereja di Desa Melawati telah di BOM !! Laporan dari Malaysiakini!!
Salam 1Malaysia,
Hari ini sebuah perhimpunan berbentuk perarakan bakal tercetus di Kuala Lumpur. Bertempat di Masjid Negara, perhimpunan mempertahankan kalimah Allah daripada dirampas oleh kaum bukan melayu akan bermula sejurus selepas solat Jumaat ditunaikan. Kehadiran dalam perhimpunan dan perarakan ini amatlah digalak memandangkan ianya telah diberi kebenaran secara permit dan ironinya secara vocal oleh Najib sendiri.
Tujuan perhimpunan ini diadakan tidak lain tidak bukan bagi mempertahankan kalimah Allah daripada jatuh ke tangan bangsa lain. Bagi para demonstrasi petang ini, perkataan Allah hanya milik mutlak bangsa melayu dan islam. Bukankah Allah itu tuhan bagi makhluk sekalian alam? Atau Allah hanya tuhan untuk orang islam?
Perhimpunan ini telah diberi kebenaran oleh Kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Dalam Negeri dan secara spesifiknya demonstrasi petang ini akan disambut mesra oleh para anggota FRU. Oleh demikian, sekiranya laungan Allah Huakhbar yang berkumandang menaikkan semangat para intifada demonstran, tidak mustahil akan ada gereja yang bakal terbakar.
Para demonstran tidak perlu khuatir kerana sekiranya ada huru-hara serta kemusnahan yang berlaku hari, pastinya Kerajaan 1Malaysia akan bertanggungjawab sepenuhnya. Syabas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan