Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim kini menganjurkan program jelajah Forum Perbincangan Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice” di 10 bandar utama mulai hari ini ketika kes liwat kedua ketua pembangkang itu dijadual bermula hujung bulan ini.
Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh.
Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.
2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai.
Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.
3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.
Objektif Program
1. Menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan sistem undang-undang dan pencabulan hak asasi melalui sistem kehakiman yang pincang.
2. Mengupas kes Datuk Seri Anwar daripada perspektif sivil dan syariah
3. Pendekatan santai untuk mempermudahkan golongan sasaran memahami intipati penyampaian para panelis.
Senarai Tarikh Program Seluruh Negara
10/1 Cheng, Melaka
15/1 Pulau Pinang
15/1 Alor Star, Kedah
16/1 Taman Sri Putri,Johor
17/1 Kuala Kangsar,Perak
22/1 Kota Bharu, Kelantan
23/1 Kuala Terengganu, Terengganu
24/1 Kuantan,Pahang
Maklumat program akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan semak jadual di laman web kami di http://www.anwaribrahimclub.com/land/10kota
Forum Siri Jelajah 10 Kota ‘bela’ kes liwat kedua Anwar
“Forum akan disampaikan secara santai, kupasan bahasa undang-undang yang mudah difahami rakyat kebanyakan dan diulas oleh panelis yang pakar,” kata laman web.
Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas Anwar yang membawa kepada penahanan beliau selama enam tahun di Penjara Sungai Buloh.
“Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an,” katanya.
Laman web itu menyebut perbicaraan kes liwat kedua Anwar yang dijadualkan berlangsung pada akhir bulan ini ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Mohd Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai.
“Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.
“Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak,’ katanya.
Objektif program ini ialah menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan sistem undang-undang dan pencabulan hak asasi melalui sistem kehakiman yang pincang, mengupas kes Anwar daripada perspektif sivil dan syariah dan pendekatan santai untuk mempermudahkan golongan sasaran memahami intipati penyampaian para panelis.
Forum pertama akan diadakan hari ini iaitu di Cheng, Melaka; Pulau Pinang dan Alor Star, Kedah (15 Jan), Taman Sri Puteri, Johor (16 Jan), Kuala Kangsar, Perak (16 Jan), Kota Baru, Kelantan (22 Jan), Kuala Terengganu, Terengganu (23 Jan) dan Kuantan, Pahang (24 Jan)
Perbicaraan kes liwat Anwar ditetapkan bermula 25 Jan ini selepas permohonannya untuk membuang kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Dis lalu.
Tarikh perbicaraan kes tersebut, yang ditunda beberapa kali akibat beberapa permohonan penasihat PKR itu, dijadual selama sebulan sehingga 25 Feb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan