Khabarnya pakar patologis Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa khas oleh kerajaan negeri Selangor akan menarik diri dari inkues Teoh Beng Hock. Puncanya kesan dari laporan polis SPRM terhadapnya dan juga Suara Keadilan.
Perkembangan ini mungkin sesuatu yang dicita oleh pihak yang pro SPRM manakala kepada rakyat seluruhnya adalah sebaliknya. Rakyat yang ternanti-nanti pendedahan inkues tidak merasa hairan tentang keadaan ini tetapi jika dapat didedahkan segera pula seumpama melegakan sakit kepala.
Untuk pengetahuan Dr Pornthip Rojanasunand adalah seorang pakar patalogis terkemuka di peringkat antarabangsa. Maknanya, kepakaran beliau itu beberapa kali lebih baik dari mereka yang mengaku pakar di peringkat tempatan yang mungkin kurang pengalaman.
Difahamkan banyak negara maju termasuk USA & UK telah mendapatkan khidmat beliau. Dan hasil analisis beliau selalunya positif dan berjaya dengan cemerlang. Tentu sekali pihak yang memerlukan khidmatnya mendapat khabar rekod terbaiknya untuk mengharap bantuan beliau termasuk kerajaan negeri Selangor.
Sebelum kedatangan Dr Pornthip ke Malaysia, pihak-pihak yang pro SPRM beria-ia sungguh menyatakan bahawa TBH mati membunuh diri dengan terjun dari plaza Masalam. Seolah-olah pihak yang pro SPRM mengulangi peristiwa yang sama kes mata lebam DSAI dalam tahanan polis. Masa itu mereka (termasuk Tun Dr Mahathir) menyatakan DSAI mencedarakan dirinya sendiri. Setelah terbentuknya Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata lebam DSAI, jelaslah bahawa TS Rahim Nor (KPN) yang tumbuk DSAI.
Kes kematian TBH sama dengan kes mata lebam DSAI, cuma dibezakan antara inkues dengan Suruhanjaya DiRaja semata-mata. Jika DS Najib membenarkan Suruhanjaya DiRaja ditubuh untuk kes TBH, tentunya peranan Dr Pornthip belum lagi diperlukan.
Sekarang Dr Pornthip punya alasan kukuh mengapa sebaik sahaja dia memulakan tugasnya dengan yakin menyatakan 80% TBH telah dibunuh. Timbul juga pertanyaan di benak mereka yang pro SPRM, macam mana nak cover semua ini.
Untuk pengatahuan yang pro SPRM, rakyat semua telah bijak terlajak. Bukan macam beberapa kerat di sana (SPRM) yang buat kerja angguk dan ikut telunjuk. Telunjuk beberapa kerat pemimpin Umno/BN yang mahu mengekalkan kuasa dengan cara memaksa dan memijak kepala.
Dengan laporan polis terhadap Dr Pornthip & Suara Keadilan memberi isyarat jelas betapa SPRM dan pro SPRM telah gelabah! Tentunya episod malang menanti 1 Malaysia di awal tahun 2010 apabila seluruh dunia mahu melihat Dr Pornthip diheret ke mahkamah dengan tuduhan bercakap benar. Rakyat 1 Malaysia akan keliru, "Untuk Apa Bercakap Benar?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan