Pengikut

Sabtu, 10 Oktober 2009

UMNO panik bila non-Muslim belajar Islam

Sudah banyak kali pemimpin bukan Islam membaca ayat suci al-Quran dalam kempen pilihan raya atau ceramah politik. Apabila MP Padang Serai berbuat demikian, pemimpin UMNO yang melatah ialah Rais Yatim. Padahal dialah yang telah terbukti mengucapkan kata-kata yang menghina Islam. Inilah contoh pemimpin yang munafik.UMNO telah diketahui umum tidak pernah menjalankan aktiviti bagi membolehkan ahli-ahli parti-parti komponen yang dianggotai oleh bukan Islam memahami Islam

yang sebenarnya walaupun mereka telah berkuasa selama 52 tahun. Hal ini menyebabkan pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam BN buta Islam.

Jika demikian keadaannya, mengapa mereka berasa kurang senang apabila PAS berusaha memahamkan pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat (PR)tentang Islam? Tidak lain tidak bukan adalah kerana mereka sudah panik melihat pemimpin bukan Islam dalam PR lebih tahu tentang Islam daripada pemimpin UMNO sendiri. Rakyat tahu UMNO bukan sahaja menolak Islam malahan juga menghina Islam.

Oleh sebab itu, pengundi di Bagan Pinang perlu menolak parti yang bukan sahaja sekular malahan juga kental dengan semangat perkauman ini.

Orang bukan Melayu tidak menghina orang Melayu dan Bumiputera tetapi sebaliknya marah dan kecewa dengan UMNO yang kononnya menjaga Ketuanan Melayu namun membiarkan mereka terus-terusan dihimpit kesusahan.

Kenyataan di atas secara terang menempelak pemimpin UMNO lebih senang membina istana atas wang rasuah. Lebih suka melihat orang Melayu dan Bumiputera susah supaya dapat dibuli dan digula-gulakan dengan wang ringgit yang tak seberapa apabila ada pilihan raya. Seronok melihat orang Melayu dan Bumiputera terkial-kial mencari sesuap nasi lalu dihulurkan umpan bagi membolehkan UMNO mendapatkan ucapan terima kasih sebagai tanda prihatin. Padahal sebagai pemerintah, mereka perlu menolong secara ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk dan mengemis balasan.

Oleh sebab itu, pengundi di Bagan Pinang perlu menolak UMNO yang mengkhianati orang Melayu dan Bumiputera.

Orang bukan Melayu tidak menyokong BN kerana keadilan sejagat telah diabaikan. Liberalisasi ekonomi yang diumumkan Najib diharap mampu membuka sedikit ruang kepada bukan Melayu untuk menyokong BN. Namun rasuah, sogokan, rasuah politik, dan salah guna kuasa sejak lebih 50 tahun mentadbir negara tidak dapat disembunyikan melalui retorik murahan itu. Apatah lagi apabila liberalisasi ekonomi itu ditakuti menggadai negara kepada kapitalis dunia.

Kenyataan ini meletakkan UMNO dalam keadaan genting. Usaha yang berbaur muslihat itu dapat dikesan oleh orang bukan Melayu. Mereka tahu orang seperti Isa Samad hanya memelihara kroninya seperti Datuk Gan sahaja. Sukar bagi orang lain untuk mendapat peluang kerana tiada keadilan dalam UMNO dan kerajaan BN yang memerintah. Yang untung tetap juga orang seperti Ong Tee Kiat. Orang seperti Teoh Beng Hock mati di pejabat SPRM. Orang seperti Kugan mati dalam "jagaan" polis.

UMNO tidak dapat berselindung di sebalik sehelai lalang. Semua kerja jahat mereka telah diketahui oleh rakyat. Tidak kira Melayu atau Cina atau India. Oleh sebab itu, lebih cepat riwayat UMNO ditamatkan, lebih baik masa depan bagi semua bangsa di Malaysia. Menjadi tugas pengundi-pengundi di Bagan Pinang untuk merealisasikan matlamat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan