Pengikut

Isnin, 19 Oktober 2009

‘Si Katak Pisang’

Rupa – rupanya YB Pasir Mas ini bukan saja sekarang ini dicurigai oleh PR malah oleh BN juga.

Sifat semulajadi nya yang suka melompat dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain , bagi mencari tempat yang selamat sebelum menangkap mangsa , telah menjadikan ia satu trademark yang dicurigai , bukan diminati ramai

Dengan sifat dan sikap nya yang sentiasa menjelir lidah , menangkap apa saja kelkatu isu yang berterbangan selepas PRU-12 lalu , telah menyebabkan PR khususnya PAS gelisah dan geram sekali

Begitu juga bila mana terdapat banyak kelkatu dalam rumah BN akhir – ahkir ini , riuh rendah sekali , barangkali telah menarik ‘katak pisang’ ini untuk menjelirkan lidahnya dari luar pagar rumah UMNO.

Tetapi walaubagaimanapun , barangkali ada anak muda dalam UMNO yang terpandang akan kehadiran ‘katak pisang’ ini dari luar pagar sedang memasang perangkap dengan menggunakan senjata lidahnya yang boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian kedudukan kelkatu , sudah memberi amaran akan kehadiranya.

Cuma satu , sifat 'katak pisang' ialah keupayaannya untuk melompat jauh lebih hebat berbanding katak biasa. Begitu juga , antara kekuatan atau senjata kedua miliknya ialah ia boleh memancut air kencing bila mana berdepan dengan musuh

Begitulah nasib ‘’katak psiang’ ini , apatah lagi musim tengkujuh akhir tahun sudah menjelang tiba kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan