Pengikut

Khamis, 10 September 2009

Yang Patut Difikirkan Bersama.

Rakyat dah meluat dengan tindak tanduk pemimpin negara. Sebahagian daripada rakyat sudah tidak mahu mengambil tahu tentang permasaalahan negara. Bagi mereka nak maju ke nak melingkup ke mereka peduli apa. Bagi mereka tiada tempat lagi untuk mengadu. Polis, SPRM, mahkamah dan pemimpin politik semuanya sama sahaja. Bagi mereka buat penat aje ulama, pemimpin politik berkempen, menegur dan membuat bantahan akan ketidak adilan dan ketidak betulan pentadbiran negara/negeri semuanya seperti anjing menyalak bukit.

Yang pasti negara semakin miskin manakala pemimpin semakin kaya raya. Wawasan 2020 pasti hanya tinggal wawasan. Bangunan bangunan pencakar langit akan menjadi tugu tugu kegagalan wawasan 2020.

Kepimpinan menjadi kerjaya lumayan untuk membina kekayaan. Halal dan haram bukan lagi panduan. Ini semuanya hasil daripada kegagalan sistem pendidikan yang hanya mementingkan dan menghasilkan cerdik pandai yang berkiblatkan kebendaan yang terang terang bertentangan dengan falsafah pendidikan itu sendiri untuk membentuk insan yang seimbang.

Bila kemajuan diukur dengan tingginya bangunan, besarnya gedung beli belah,panjang dan lebarnya jalan, besarnya kereta yang menjalar maka bertambahlah rakyat yang hayal, terdedah telanjang kurang kain dan benang, mati dan bunuh tanpa alasan yang benar, arak macam minum petang, zina seperti makan malam. Hilang kasih sayang. Wanita hilang malu, tidak dihormati lelaki hidung belang dan dibuat macam goreng pisang.

Lahirlah pusat pusat yang melambangkan kebejatan tanda tiada keberkatan. Kelab malam, pusat karoke, pusat seranti, pusat pemulihan akhlak, pusat pelindungan kanakkanak dan pusat hiburan yang tumbuh seperti cendawan di waktu hujan.

Kekayaan dihabiskan untuk menampung kedangkalan dalam pentakbiran, membaiki kerosakan atas kebodohan dan rasuah, menampung kos pengurusan dan pampasan yang tidak perlu dan melampau. Inikah yang dikatakan pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah. Ya memang cekap, cekap merompak hasil negara. Memang bersih, bersuh harta negara dikerjakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Rakyat perlu bertanggungjawab sewaktu memilih pemimpin. Jangan sebab beras sekampit, wang yang tak seberapa sudah gelap mata. Rakyat perlu sedar apa yang terjadi kepada negara akan menimpa mereka. Rakyat patut menyalahkan diri mereka sendiri atas apa yang menimpa negara dan rakyat itu sendiri.Apakah rakyat sudah buta hingga tidak boleh melihat kebenaran. Apakah rakyat telah tuli dan lali disebabkan dendangan hiburan yang tiada henti di semua saluran komunikasi.

Rakyat patut malu dengan negara jiran yang hanya sekangkang kera tetapi telah menjadi salah sebuah negara maju hanya berhasikan cukai dan pelaburan serta kelemahan negara jirannya.

Agensi agensi kerajaan seperti tentera, polis, PSRM kehakiman, peguam negara dan lain lain sepatutnya berkhidmat untuk kepentingan negara dan rakyat. Bukan untuk kepentingan individu atau golongan tertentu. Mereka sepatutnya bertindak kepada sesiapa sahaja yang melanggar peraturan dan membahayakan keselamatan ekonomi, maruah dan negara itu sendiri.

Ulama makin letih, air mata mereka berlinangan. Segala nasihat mereka terhalang. Dihalang oleh kekuasaan dan petualang yang berselindung di bawah nama perkauman, hak asasi dan persamaan. Petualang yang memainkan nafsu dan perasaan rakyat.

Apa sahaja atas nama Islam dihentam dihalang.Tidaklah hairan jika orang kafir yang membedal, tetapi amat sedih dan malang ia dilakukan oleh mereka yang mengaku beriman. Umat Islam ramai tapi Islamnya dagang. Tidak dihargai dan dipandang.
Ingat Kita Penentu agar ISLAM itu kembali disanjumg.

p/s: Adakah Anda BERANI BERUBAH?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan