Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto), sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah,namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang. "Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya. Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.
"Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.
p/s:Ternyata kini, UMNO dan BN sekali lagi bakal berhadapan dengan masalah calon dalam pilihanraya kecil. Apakah, senario di Permatang Pasir bakal berlaku di Bagan Pinang pula selepas ini. Biarpun DUN Bagan Pinang dikatakan "kubu kuat BN", namun hakikatnya adalah tidak sama.
Ini kerana BN hanya kuat atas "ehsan undi pos" yang jelas amat dipertaikaikan oleh semua pihak. Oleh itu, BN tidak kuat sebenarnya di Bagan Pinang. Lantaran itulah masalah calon dijangka bakal menjerat parti karat itu untuk berdepan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat.
Atas kertas, kemenangan sudah pasti berpihak kepada BN. Namun, jika masalah calon ini tidak selesai maka harapan untuk melihat perubahan besar pasti akan berlaku jua akhirnya. Isa Samad tidak disenangi oleh MB Negeri Sembilan hatta Penasihat UMNO iaitu Mahathir Mohamad. Tetapi, beliau pasti menjadi pilihan Najib Razak selaku PM. Jika ini berlaku, sudah pastilah gelombang protes akan terjadi.
Begitu juga jika MB memilih calon beliau, sudah pasti juga penyokong Isa Samad dan UMNO Teluk Kemang pula akan membuat protes. Akhirnya BN pasti akan terkubur bersama "labu-labunya" di DUN Bagan Pinang nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan