Pengikut

Isnin, 21 Mei 2012

Najib PM paling 'penakut'?

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin hari ini menjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang paling 'penakut' apabila sehingga sekarang tidak sanggup membubarkan parlimen.

Beliau yang berucap pada majlis pelancaran Sismep 3.0 dan penyerahan bahan kempen PRU13 itu menyatakan Najib ketika perhimpunan sambutan Umno 66 tahun menyatakan beliau sanggup bertemu Yang Di Pertuan Agong untuk mengumumkan penbubaran parlimen apabila melihat sambutan yang dianggap luar biasa pada himpunan tersebut.

"Tetapi jelas apa yang dinyatakan olehnya hanya menunjukkan beliau seorang yang penakut kerana selepas itu beliau telah pergi keluar negara tanpa menunaikan apa yang telah beliau nyatakan pada perhimpunan itu.

"Sehingga sekarang kita tidak melihat langsung tanda-tanda Najib ingin membubarkan parlimen apabila sehingga sekarang mesih berada di luar negara," jelasnya.

Pada ucapannya juga, Zuraida turut menjelaskan perlaksanaan falsafah hormat wanita sebagai agenda dalam meletakkan beberapa perkara untuk menaik taraf seorang wanita.

"Hari ini saya ingin tekankan bahawa dengan falsafah ini agenda wanita berdaya harapan negara dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Kita dalam Pakatan Rakyat telah mengubalkan satu undang-undang bagi menaikan hak dan taraf kaum wanita terutamanya dalam hak seorang wanita dari seorang suami," katanya.

Zuraida turut memberitahu hak kaum wanita di dalam Umno telah dinafikan sepenuhnya apabila Najib sendiri secara tidak langsung memegang jawatan sebagai menteri wanita.

"Kita lihat bagaimana Najib menafikan hak seseorang wanita di dalam negara ini, contoh terdekat apabila beliau sendiri tidak yakin dengan wanita-wanita di dalam Umno.

"Kenapa beliau tidak menyerahkan jawatan menteri yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada pemimpin wanita yang lain sehinggakan beliau sendiri yang memangku jawatan tersebut hanya kerana beliau tidak yakin dengan wanita di dalam Umno," sambungnya lagi.

Menurutnya hak wanita tidak akan dipinggirkan jika Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN mengambil tampuk pemerintahan di Putrajaya nanti.

Katanya lagi, setiap jentera wanita perlu memainkan peranan yang lebih pada pilihanraya kali ini kerana pengundi dari kalangan wanita lebih tinggi jika dibandingkan kaum lelaki.

"Kalau kita wanita ingin mencapai apa yang kita inginkan, pastikan jentera wanita di dalam KEADILAN melaksanakan tugas mereka sepenuhnya.

"Turun ke bawah untuk mendekati kaum wanita kerana mereka adalah pengundi teramai jika dibandingkan dengan kaum lelaki, jika kita berjaya meningkatkan jumlah pengundi kaum wanita saya pasti impian kita dalam agenda wanita akan tercapai," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Zuraida yang turut memberitahu dengan terhasilnya sistem Sismep 3.0 ini segala strategi untuk hadapi pilihanraya akan lebih profesional dan teratur.

"Jika pada pilihanraya 2008 kita ada Sismep 2.0 dan berjaya merampas lima negeri, saya yakin dengan pelancaran Sismep 3.0 ini kita dapat merampas 14 buah negeri termasuk Putrajaya," jelasnya lagi.

Beliau yang turut bersama-sama Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmi Ali sewaktu pelancaran bahan kempen PRU13 berasa yakin apa yang dilakukan kali ini pasti mengerunkan Umno-Barisan Nasional. - Keadilankini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan