Pengikut

Sabtu, 7 April 2012

Rakaman provokasi Samseng Perkasa di Alor Setar

Semalam sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar.

Kumpulan samseng itu yang tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut dan terus membuat kacau.

Lihat video dibawah:-




Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang didalam majlis tersebut, tujuan samseng perkasa mengganggu majlis itu sudah pasti untuk mencetuskan pergaduhan.

Ini bukan kali pertama, samseng-samseng upahan melakukan kekacauan dalam majlis pakatan rakyat, malah sebelum ini sudah beberapa kali usaha jahat ini dilakukan, malah Kereta bakal Perdana Menteri ke 7 (Anwar Ibrahim) juga telah beberapa kali dirosakkan.

Sumber - Tukang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan