Pengikut

Sabtu, 7 April 2012

Kerajaan Negeri Pulau Pinang peruntuk 3.5 ekar tanah bina Mahkamah Syariah

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan tapak projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri di Jalan Batu Gantung/ Jalan Scotland Daerah Timur Laut dan dijangka siap pada tahun 2014 nanti.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Kerajaan Negeri juga memberikan tanah seluas 3.5 ekar yang dianggarkan bernilai RM73 juta untuk tujuan pembinaan tersebut.

“Sewaktu dinilai pada 2010, tanah tersebut berharga RM 240 kaki persegi menjadikannya bernilai RM 36.5 juta pada masa itu.

“Jadi kita anggarkan kini ia bernilai sekali ganda daripada jumlah nilai semasa dua tahun lepas,” jelas Guan Eng sambil menambah tapak tanah diserahkan secara rasmi pada 5 Januari lalu.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan perjalanan dan perkembangan projek berkenaan yang memperlihatkan komitmen konsisten daripada Kerajaan Pakatan.

“Di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada YDP Pulau Pinang, (Tuan Yang Terutama) Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas, Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri 1) dan YB Malik Abu Kassim (Exco Agama).

“Ini kerana usaha mereka berjaya mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM 36 juta bagi membiayai kos pembinaan kompleks tersebut,” sambung Guan Eng.

Kompleks berkenaan mengandungi tujuh tingkat dan meliputi antaranya kemudahan seperti seunit Dewan Bicara Mahkamah Rendah, dua unit Dewan Bicara Mahkamah Tinggi, Kamar Hakim, Bilik Chamber, Bilik Saksi, Bilik Tahanan, Balai Polis dan Perpustakaan.

Sumber - RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan