Pengikut

Isnin, 23 April 2012

Penyelidik dakwa wujud 3.3 juta pengundi meragukan

Penyelidik, Ong Kiang Ming mendakwa terdapat 3.3 juta kes melibatkan pengundi meragukan dalam daftar pemilih, di mana sebahagian besarnya melibatkan kawasan mengundi berbeza daripada alamat di kad pengenalan.

Berdasarkan data yang berusia sedekad itu, Ong mendakwa terdapat sejumlah 3.1 juta pengundi yang mengundi di suatu kawasan tidak mengikut dengan alamat mengikut kad pengenalan mereka.

"Ini secara khusus memberi masalah kerana maklumat ini diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2002," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Ong yang juga pengarah projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) berkata beliau menemui data berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau memerlukan tempoh seminggu untuk mengumpul maklumat tambahan, katanya.

Sumber - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan