
Raja Petra baru-baru ini menulis Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya “bercinta” dengan timbalan pendakwa raya.
Peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, Peguam Negara atau pasukan pendakwaan belum memberi respons kepada dakwaan Raja Petra sambil menekankan ia boleh menjejaskan prosiding kes ini yang dijadual untuk disambung 2 Ogos ini.
“Ini mempunyai implikasi yang serius ke atas kes, kami mahu Peguam Negara mengesahkan ataupun menafikannya.
“Jabatan Peguam Negara kena berkecuali dan membuktikan ia bertindak demikian dalam mengendalikan kes ini, meskipun Saiful merupakan pengadu dan saksi utama pendakwa,” kata Sankara kepada The Malaysian Insider pagi ini.
-The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan