Pengikut

Rabu, 30 September 2009

Majoriti 1 Undi Sahaja Sudah Cukup Untuk Memenangkan PR.

Assalamualiakum
Bagan Pinang semakin menggamit. Hari penamaan calon hampir tiba dan tempoh berkempen bagi PRK N 31, Bagan Pinang semakin dekat.Keghairahan petugas pilihanraya semakin terasa, keseronokan berkempen juga sudah mula dikesan di mana mana dari Perlis sampailah ke Sabah.

Antara isu yang mula diperkatakan ialah isu calon BN/UMNO yang berkemungkinan merupakan seorang yang telah disahkan oleh UMNO sendiri sebagai perasuah utama dalam negara sehingga ada yang mula mempersoalkan kebersihan UMNO dalam memilih calon mereka.

Semakin ramai yang mula menyedari betapa UMNO bukanlah parti yang mementingkan kebersihan diri walaupun mereka berkempen agar rakyat menjaga kebersihan diri demi mengelakkan dijangkiti H1NI.ternyata UMNO dijangkiti H1NI di Bagan Pinang walaupun Tun Mahadir pernah berkata bahawa meletakkan calon yang bersih belum tentu menang tetapi meletakan calon yang berpenyakit H1N1 mungkin boleh memberi kemenangan kepada BN.Namun satu perkara yang perlu disedari oleh semua pendokong dan petugas PR di PRK itu nanti ialah kenyataan bahawa PR hanya perlukan satu undi majoriti untuk menang.

Statistik keputusan PRU ke 12 lalu menunjukkan bagaimana pengundi Bagan Pinang membuat keputusan yang memihak kepada BN.Fakta menunjukkan bahawa dari lebih 11 ribu pengundi yang keluar membuang undi, lebih kurang 5 ribu merupakan pengundi pos.Ini bermakna sekiranya statistik ini diambil kira, jumlah pengundi yang bakal membuang undi di peti peti undi hanyalah sebanyak 6 ribu lebih sahaja sementara pengundi lainnya merupakan pengundi pos.Ini juga bermakna, tugas berat menunggu petugas PR di Bagan Pinang.Satu undi majoriti yang diperlukan amat sukar dicapai kerana keujudan pengundi pos ini.

Umum sudah tahu bahawa dalam sejarah pilihanraya Malaysia, pengundi pos merupakan satu aspek yang terang dan jelas dimanupulasikan oleh UMNO/BN untuk memberi kemenangan kepada mereka.Dalam PRK Kuala Terengganu yang baru lalu, dari jumlah lebih 900 pengundi pos, hanya 2 yang diperolehi oleh PR.Satu jarak yang sungguh jauh dan satu fakta yang menimbulkan banyak tanda tanya mengenai proses pengundian pos yang dijalankan oleh SPR.SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas, hari ini sudah dibuktikan telah menjadi kuda tunggangan UMNO dalam melaksanakan agenda penipuan mereka terutama dalam proses pengundian pos.Banyak pendedahan yang telah dibuat oleh bekas tentera dan polis tentang bagaimana mereka dipaksa dan terpaksa memangkah UMNO ketika mengundi.

Hakikat ini menjadi cabaran kepada PR dalam PRK N 31 nanti.Menentukan proses pengundian pos bebas dari sebarang penipuan merupakan tugas utama pengerak dan perancang pilihanraya PR di sana nanti.Tekanan berterusan harus diberikan kepada SPR agar mereka tidak lagi bebas dan selesa menjalankan penipuan undi.Untuk itu, petugas PR semua harus melepaskan sedikit beban yang mereka pikul dengan menjalankan tugas bersandarkan slogan "PR HANYA PERLU SATU UNDI MAJORITI UNTUK MENANG DI N 31".Satu undi sudah memadai bagi mengurangkan kerusi BN di DUN Negeri Sembilan dan sekiranya majoriti yang diperolehi nanti sebanyak 65, maka jumlah itu sudah boleh dianggap besar.

p/s:Sokong Dan berilah kemenanggan Kepada Calon PAKATAN RAKYAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan