Pengikut

Rabu, 30 September 2009

Ayuh Jangan Undi PERASUAH.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya yakin, ramai antara kita yang bencikan rasuah. Walau apa pun keadaan kita, walaupun kita juga pernah memberi rasuah bentuk kecil-kecilan seperti menyogok polis agar tidak saman selepas kita melepasi had laju atau kesalahan-kesalahan lain, tetapi, saya tetap percaya, ramai diantara kita yang bencikan rasuah.

Mungkin ada golongan yang sayangkan rasuah, mungkin mereka ini yang hari-hari makan rasuah atau mereka ini memang jenis yang memakan rasuah secara besar-besaran.

Kes rasuah di negara ini memang sudah parah. Pengerusi sebuah persatuan kontraktor bumiputra pernah merungut di dalam ucapannya dahulu berkata, kontrak kerajaan Malaysia penuh dengan rasuah dari A sampai Z. Iaitu dari hari sebelum dia memasuki tender tersebut hinggalah kepada hendak menuntut pembayaran dari kerajaan.

Disini saya ingin ceritakan tentang kebocoran, ketidak telusan dan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh beberapa menteri termasuk timbalan perdana menteri yang telah melibatkan berbilion-bilion wang rakyat dan ini juga melibatkan Perdana Menteri.

Berita ini sudah tersebar luas ke seluruh dunia, mereka telah memetik dari Laporan Ketua Audit Negara itu bilamana dana rakyat telah disalah gunakan. Kini seluruh dunia telah mengetahuinya tentang betapa korupnya kerajaan Malaysia didalam membelanjakan wang awam.

Didalam persepsi dunia terhadap kedudukan rasuah di Malaysia yang semakin merudum, kerajaan pimpinan Najib bertindak seperti orang tidak bersalah untuk terus membina kekayaan peribadi. Lihat sahaja laporan Transparency International saban tahun.

Jikalau di dalam negara yang mempunyai rasuah di peringkat tertinggi, maka, amalan tersebut akan terus turun kepada peringkat yang lebih rendah. Jikalau menteri sendiri mengamalkan rasuah, maka ketua-ketua kerani di pejabat-pejabat sekolah pun ingin mengambil rasuah.

Kepada siapa yang rakyat dapat harapkan sekarang? Kita mampu membuat perubahan. Kita diberi hak setiap lima tahun untuk membentuk kerajaan Malaysia. Saya percaya anda semua tidak redha dengan rasuah. Jikalau kita tidak redha dengan rasuah, kita jangan pilih dikalangan pemimpin yang korup.

Kita sudah tidak boleh mengharapkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) lagi untuk membenteras rasuah di negara ini. Jikalau SPRM masih berada di bawah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, sampai bila-bila pun rasuah di Malaysia tidak akan dapat dihapuskan. Malah, Ketua Pengarah SPRM sendiri pun pernah dituduh mengamalkan rasuah.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya berada di bawah seliaan Parlimen, dimana, mereka akan bebas untuk membuat siasatan dan terus mendakwa sesiapa sahaja tanpa melalui Peguam Negara untuk membawa sesuatu kes ke mahkamah.

Lihat sahaja kes rasuah Datuk Rafidah Aziz yang telah memberi berjuta-juta saham kepada menantunya seperti mana yang telah didedahkan oleh Saudara Ezam Mohd Nor. Apabila Peguam Negera tidak mendakwa Rafidah Aziz, maka, dia terus bebas dan terus mengaut kekayaan negara.

Jikalau kredibiliti SPRM diragui, kredibiliti Polis diragui, kredibiliti Peguam Negara diragui, kredibiliti Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan kredibiliti Perdana Menteri juga turut diragui, maka, bersiaplah, negara ini akan hancur dan pemimpin akan terus rakus membuat kekayaan dan menggunakan jawatan sebagai alat untuk kesenangan.

Rasuah akan memberi imej yang buruk kepada negara. Pelabur luar tentu takut untuk melabur di dalam negara ini dan akhirnya, kesannya rakyat sendiri yang akan merana. Pelaburan asing akan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, dan jikalau pelabur asing takut untuk memasuki negara ini, maka, seperti yang kita lihat hari ini, penganguran berleluasa. Ramai mana adik-adik kita atau anak-anak kita lepasan universiti yang masih belum mempunyai pekerjaan?

Apabila ramai rakyat tidak mempunyai pekerjaan, di dalam masa yang sama, harga barang dan perkhidmatan terus mencanak naik tanpa belas kasihan, tentu rakyat akan hidup di dalam keadan tertekan. Maka, sekali lagi telah terbukti hari ini, kadar jenayah semakin naik. Kejadian ragut semakin berleluasa, kejadian pecah rumah yang sudah tidak dapat dibendung oleh pihak polis, rompakan di sana dan sini. Lalu hari ini, kita hanya mampu untuk melihat statistik kejadian jenayah terus menunjuk kemajuan sehinggakan, duduk di dalam rumah sendiri pun sudah rasa tidak selamat.

Ramai antara penjenayah yang melakukan kesalahan bukan kerana memang hobi mereka untuk membuat kejahatan. Ada antara mereka terpaksa melakukannya kerana kesempitan hidup. Didalam keadaan hidup yang tertekan, ada dia mereka yang terpaksa mencuri demi sesuap makanan.

Hari ini rakyat sudah merasa tidak selamat untuk duduk dirumah sendiri, malah rumah bekas ketua polis negara pun turut dimasuki pencuri. Tambah hebat lagi, balai polis sendiri pun dimasuki pencuri seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Marilah kita fikirkan, wang yang diseleweng bukanlah satu nilai yang kecil. Di dalam kontrak untuk membuat kapal peninjau Tentera Laut, harga kontrak telah dinaikkan sebanyak RM1.85 Billion dari tender asal.

Jikalau RM1.85 Billion ini diberikan kepada pelajar-pelajar universiti, mungkin pelajar-pelajar universiti hari ini akan mendapat pendidikan secara percuma. Paling tidak, rakyat tidak perlu membuat pinjaman yang terlalu tinggi untuk menyambung pengajian kerana kerajaan mampu untuk membantu atau memberi subsidi.

Jikalau para pelajar hari ini ditekan dengan sistem riba yang diamalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), maka jika wang berbilion tersebut dibelanjakan dengan bijak, nikmatnya akan dapat dirasai oleh banyak pihak.

Bagaimana para pelajar kita hendak mendapat keberkatan dari ilmu yang mereka timba jikalau pada hari pertama di universiti pun, mereka sudah mula membuat dosa?

Perlu diingatkan, riba itu satu dosa yang sangat besar.

Oleh itu, saya berharap agar kita dapat menggunakan peluang yang diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Berfikirlah dengan waras. Fikirkan untuk generasi akan datang. Jangan sampai di satu masa nanti, anak-anak dan cucu-cucu kita menyalahkan kita kerana membiarkan amalan rasuah ini berleluasa.

Jikalau kita kaji semula sejarah kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 dahulu. Ini kerana terdapatnya pemimpin-pemimpin yang rasuah dan tamak haloba. Perkara yang sama telah wujud hari ini dan jika kita terus membiarkan mereka terus berkuasa, maka, nantilah, kehancuran yang besar akan tiba nanti.


Antara laporan akhbar-akhbar luar negara edisi internet yang melaporkan tentang Kerajaan Malaysia yang telah menyalahgunakan dana awam berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara :

The Inquirer Philipines
International Herald Tributes
The China Post
Today Online Singapore
AsiaOne News
The Irrawaddy Myanmar
Metro Radio Hong Kong

p/s:Marilah bersama memberi sokonggan kepada Calon PAKATAN RAKYAT.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan