Menyelak helaian demi helaian Hikayat Hang Tuah, pastinya kita akan terkesan dengan pesan-pesan untuk bersikap jujur, amanah dan sentiasa bijak agar tidak terpedaya dengan helah musuh. Antaranya apabila ditemukan babak menyedihkan; ketika Hang Tuah menikam Hang Jebat
Tuah berpegang kepada janji pendekar yang hanya akan menikam sekali merobek Jebat, tidak akan ada tikaman kedua. Selepas berjaya, berjalan keluar, tiba-tiba menerpa Jebat menikam Tuah dari belakang, namun gagal mencederakannya, berkat amanah memegang janji.
Pesan yang sama disampaikan kepada para pendekar gayong, bersempena majlis penganugerahan keris pusaka Dato Meor Abdul Rahman yang disimpan Dato Cikgu Majid kepada saya. Majlis tersebut diadakan demi melaksanakan wasiat almarhum mahaguru gayong yang berhasrat saya mewarisi keris tersebut.
Seusai acara di Daerah Yan, saya menghadiri majlis taklimat khas memperkasakan Pakatan Rakyat bersama-sama ahli Keadilan Kedah sebelum ke Masjid Bukit Besar untuk menyampaikan tazkirah maghrib. Kemudiannya saya mengambil peluang menziarahi Tuan Guru Haji Salleh Musa di Pondok Sik. Namun saya kesal kerana hanya berkesempatan berucap sekitar 30 minit di markaz Pas Sg Pau di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat kerana terpaksa bergegas ke KLIA.
ANWAR IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan