Pengikut

Jumaat, 14 Ogos 2009

Awas! Pemuda UMNO Akan Dilatih Secara Komando


Ahmad Zahid Hamidi dengan penuh bersemangat menyatakan pemuda UMNO akan dilatih ala komando dengan bantuan bekas komando, BTN dan beberapa agensi lagi. Saya menjangkakan selepas ini pemuda UMNO tidak lagi lembik, hangat tahi ayam, berani mencium keris dalam dewan, berebut T shirt dan nasi bungkus, juga tidak lagi beraksi lucah di tepi jalan.


Suntikan baru yang berambisi ini pasti akan menaikkan nama Ahmad Zahid yang gagah berani dan sekali gus mendapat tempat yang lumayan di sisi pemimpin negara kita. Kekuatan Pemuda akan lebih berganda dengan kehebatan 'Putera UMNO' yang cantik jambul topinya dan keberanian PEKIDA yang sanggup mati untuk UMNO.

Apa isyaratnya yang perlu difahami oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Unit Amal PAS, dalam menilai semangat baru pemuda UMNO dan niat sang menteri ini?.

Perlu juga ingat, bahawa latihan bentuk apa pun yang pemuda UMNO rancang dan perolehi, mereka tidak akan disentuh oleh sesiapa pun, kerana mereka adalah UMNO. Pemuda UMNO boleh berarak bersama mat Rempit, kerana mereka UMNO. Pemuda UMNO boleh melalak dan melompat-lompat, sumpah seranah di jalanan, kerana mereka UMNO dan mereka bukan macam berok dan kera.

Kalau tidak pemuda UMNO yang berwajah dan bersasa baru ala komando ini akan dicekup oleh penguasa negara seperti gerakan P.A.S. (ditudoh pemberontakan militan), Almau'nah ( berlatih perang dalam belukar), Arqam ( berlatih cara komando di hutan), Mujahidin Malaysia ( punya kelengkapan senjata).

Pemuda UMNO sangat bernasib baik, kerana mereka adalah UMNO.

Wahai Pemuda Pakatan Rakyat, apakah anda berani berdepan dengan kehebatan dan ketangkasan pemuda UMNO kelak, yang cukup terlatih dari segi fizikal (komando) dan semangat juangnya (BTN).

Wahai Pemuda Pakatan Rakyat, yang pernah suatu masa 'menguningkan' dan 'memerahkan' seluruh Bandar Raya KL dalam perarakan gagah berani, apakah anda hanya berani dan tangguh menelan asap, gas, air kimia dan belantan algojo saja, tapi nanti kecut perut dengan kegagahan pemuda UMNO baru yang perkasa ini.

Kita tunggu dan lihat!.

p/s: jika takut akan RISIKO usah bicara soal PERJUANGAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan