Pengikut

Jumaat, 14 Ogos 2009

Akad Peluru Dakwah Yang Dilupakan.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jika diberi 2 pilihan.Antara mengahwini gadis yang baik dan hanya perlu di didik sikit-sikit atau gadis yang perlu di didik dan di bimbing betul-betul kearah mengenali islam dan jalan hidup islam yang sebenar.

"Kau pilih yang mana?"tanya saya kepada seorang sahabat secara tiba-tiba.

"Eh,nape tanya soalan camtu kat aku?" sahabat saya tu menunjukkan reaksi terkejut.

"Ala,jawab la soalan aku tu.."
saya mendesak.

"Ooo..Ok.Heem..Bagi aku,aku mestila suka gadis yang baik dan boleh bimbing aku.Aku ni kau tau la,bukannya alim sangat bab-bab agama nih".Saya tersenym mendengar jawapan tersebut.

Tanyalah kepada sesiapa sahaja soalan ini,kebanyakkan jawapan yang akan diperolehi ialah inginkan gadis yang baik dan faham agama sebagai isteri. Lagi-lagilah jika lelaki tersebut sememangnya seorang yang bersemangat dan menyimpan minat dengan agama. Pastinya mengidamkan seorang zaujah iaitu isteri yang solehah,baik,banyak ilmunya,dan seumpamanya.

Secara peribadi, saya tiada apa-apa masalah dengan pandangan seperti ini. Lagi-lagi apabila saya membaca ayat

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.[An-Nur 26]

Mungkin kerana ini juga,jika kita mengimpikan untuk mendapat isteri atau suami yang baik maka diri kita terlebih dahulu mestilah baik. Ianya satu motivasi yang cukup romantis dan begitu berkesan dalam melahirkan bakal-bakal pengantin yang berkualiti dari segi ilmu, amalan, dan akhlak itu sendiri. Entah mengapa pada saya ada satu cara berfikir atau teori yang serasanya ramai yang mungkin tidak bersetuju dengan saya. Dan saya pun tidak pernah memaksa sesiapapun untuk berfikir sebagaimana saya berfikir. Cuma,mungkin ada kebaikan untuk saya kongsikan bersama disini.

Akad antara peluru dakwah?

Apabila melihat gadis-gadis yang memakai pakaian yang ketat dan bertudung dengan tidak sempurna,seakan ada satu perasaan kasihan yang sering menjamah hati dan naluri saya. Mereka mungkin ada basic berkaitan ajaran islam,tentang aurat dan sebagainya. Lalu saya mencari sebab mengapa mereka tampil dengan imej sebegitu? Dari kajian persendirian,antara sebabnya ialah pengaruh rakan dan tiada orang untuk tegur mereka! Mungkin banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang tetapi 2 faktor ini sempat saya highlight kan disini dan rasanya ianya cukup untuk menerangkan teori saya tadi.

Cubalah kita fikirkan,apakah nasib si baju ketat dan si tudung singkat yang menghiasi masyarakat itu selepas mereka kahwin? Sudah tentu mereka akan kahwin dengan orang yang mampu selesa dengan ketrampilan mereka sebegitu. Sampai bila masalah golongan baju ketat dan tudung singkat akan selesai jika pasangan mereka adalah si lutut carik, si rambut merah dan si telinga tindik? Siapa yang akan tegur mereka? Jika keadaan ini berterusan,maka kita hanya meneruskan kitaran biasa kehidupan melayu,yang baik dengan yang baik-baik,yang kureng bersama yang kureng-kureng. Tenangkah hati insan dakwah dengan suasana ini? Kerana itu,idea yang ingin saya kongsi disini ialah, dekatilah si baju ketat dan si tudung singkat,jadikan mereka zaujah jika ada jodoh dan ubahlah mereka kepada yang lebih baik!

Mungkin ianya tidak masuk akal sama sekali. Timbul persoalan tentang kualiti zuriat yang bakal lahir, dan kemungkinan si suami yang ingin mengubah itu pula yang semakin terpesong dan mengikut telunjuk si isteri. Saya cukup menyedari hakikat ini. Kerana itulah saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk bersetuju dengannya.

"Becoming a person of influence" karangan John Maxwell and Jim Dornan, telah mendedahkan rahsia-rahsia untuk menjadi insan yang berpengaruh bukan sahaja kepada pengikut dalam sistem kepimpinan malah kepada isteri dan orang yang tersayang. Jika di bab pertama ditekankan aspek pembinaan diri iaitu pembinaan integrity,di bab kedua pula ialah berkenaan dengan nurturing!

A Nurturing Influencer Is a giver!
Start by giving others in these areas:
1]Love
2]Respect
3]Sense of security
4]recognition
5]encouragement


Buku tersebut mendedahkan rahsia besar bahawa,manusia mampu dipengaruhi(di dakwah dan diubah kepada kebaikan) juga dengan unsur diatas Banyak lagi tips dan cara-cara untuk betul-betul menjadi orang yang berpengaruh dan saya cukup senang untuk mengesyorkan insan dakwah supaya mendapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku. Terlalu banyak ilmu tentang "faham insan" yang boleh dipelajari dari buku tersebut. Ertinya,teori saya tidak mustahil untuk dilaksanakan dan untuk dikecapi hasilnya!

Cuba kita renungi sejarah perkembangan islam,kita melihat begitu ramai saudagar dari negara timur tengah datang ke Melaka untuk berniaga dan menyebarkan Islam kepada masyarakat di Melaka pada ketika itu. Antara cara dakwah mereka ialah mempamerkan akhlak yang baik dan perkahwinan! Dan kita tidak mungkin mampu menafikan cara perkahwinan telah memesatkan lagi penyebaran islam keseluruh pelusuk dunia pada suatu ketika dahulu.

Akhirnya,jika kita adalah muslimin yang baik,seketat manapun baju dan sesingkat manapun tudung si isteri,yakinlah,isteri kita juga seorang yang baik. Insyaallah,niat yang ikhlas pasti akan dibalas dengan harga yang terlalu romantis untuk diungkap dengan kata-kata. Jikapun tidak bahagia didunia,insyaallah,akhirat bukanlah terlalu sempit untuk kita!

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

DarkJustice

Tiada ulasan:

Catat Ulasan