Pengikut

Rabu, 2 Mei 2012

Presiden...jangan jadikan Cuepacs pentas politik kamu!

Kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, dalam siaran berita 6 petang, Radio IKIM pada 30 April yang berbunyi “Cuepacs menuntut penganjur Bersih 3.0 membayar pampasan kewangan kepada pengamal-pengamal media dan polis-polis yang cedera dalam perhimpunan Bersih 3.0”, telah menelanjangi sikap sebenar beliau dalam menggunakan pentas Cuepacs untuk kepentingan politik peribadi beliau.

Beliau hanya bergantung kepada alat-alat propaganda BN yang pastinya tidak akan menyiarkan berita yang benar, sebagai sumber maklumat beliau. Beliau tidak meneliti media-media lain bagi mengimbangkan pandangan beliau. Media bebas The Sun pada hari Isnin 30 April ada memaparkan di muka hadapan gambar PM Najib menziarahi jurugambar The Sun, Radzi Razak yang terlantar di katil hospital kerana cedera akibat dibelasah oleh 7 hingga 8 orang polis, sebagaimana dakwaan Radzi Razak sendiri. Menteri yang menjaga polis, Hishammuddin pula di muka yang sama akhbar berkenaan, berjanji akan mengambil tindakan tegas ke atas anggota-anggota polis yang terlibat.

Sejak bila pula Cuepacs terlibat menjaga kebajikan pengamal-pengamal media, yang pastinya mereka adalah kakitangan sektor swasta? Sudahkah beliau mendapat mandat dari ahli-ahli Cuepacs untuk menjadi hero kepada kakitangan swasta? Yang pastinya, tidak akan ada mandat! Sebabnya, majoriti kakitangan awam meluat kepada BN!

Wahai Datuk Presiden…kalau pun kamu ada cita-cita hendak menjadi Presiden UMNO, janganlah kamu gunakan pentas Cuepacs!

-Seri Kembangan / Harakah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan