Pengikut

Rabu, 9 Mei 2012

Ketua pembangkang Dun P.Pinang di gantung tak bertali

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dengan majoriti mudah pagi ini bersetuju menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim tanpa diberitahu tempoh hukuman itu dilaksanakan.
 
Ketetapan itu ditetapkan oleh Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Hussain selepas Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh mengemukakan usul di bawah peraturan 24(4) dan 34(9) Akta Peraturan Mesyuarat.
 
Ketetapan itu dibuat ketika Azhar dan 10 Adun Umno lagi tidak kelihatan di Dun Pulau Pinang.
 
Azhar juga Adun Penaga akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kelak kerana menyebut, "verbaltim itu bila-bila masa boleh dimanipulasi" pada sesi pagi sidang Dun semalam.
 
Azhar sebelum ini pernah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan serta digantung. Ketetapan terbaru yang dihadapi oleh Azhar pagi ini dijangka akan menggamit rasa tidak berpuas hati pembangkang kelak.
 
Sebelum pada itu, Abdul Halim mengingatkan semua ahli mesyuarat supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan provokasi tanpa asas.
 
Beliau berkata, apa jua hukuman yang dikemukakan lalu ditetapkan di dewan sebenarnya untuk memberi pengajaran kepada semua pihak.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng kemudiannya bangkin mewakili semua Adun Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyuarakan sokongan pada kewibawaan Dewan, termasuk kepada Speakder Abdul Halim sendiri.
 
Ujar beliau, tidak mungkin juru tringkas yang menyediakan verbaltim tidak profesional serta memanipulasi hansard Dun.
 
"Inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia, seorang ketua pembangkang menuduh verbaltim dimanipulasi.
 
"Ini merupakan satu titik hitam di mana ahli dewan mempertikai kewibawaan dewan ini bersifat bebas," ujar beliau yang juga Adun Ayer Puteh.
 
Kontroversi ini dicetuskan kelmarin apabila Adun-Adun pembangkang menuduh Guan Eng mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan di dewan.
 
Mereka kemudiannya meninggalkan dewan kelmarin dan hari berikutnya.
 
Sambil dianggap menghina dewan, mereka turut menyuarakan nekad untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud unsur manipulasi pada verbaltim dewan.
 
Mereka menuduh Guan Eng menyebut, "Sekiranya Barisan Nasional mengambil alih (Kerajaan Negeri Pulau Pinang), saya rasa mungkin semua kuil dirobohkan."
 
Namun rakaman asal serta verbaltim hansard Dun yang didedahkan petang semalam jelas membuktikan Guan Eng menyebut, "Kalau ini boleh berlaku sebelum pilihan raya, Selepas pilihan raya (umum) ke-13, sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil terancam."
 
Guan berkata demikian demi membela hak beragama minoriti penganut Hindu di Pulau Pinang ekoran tindakan pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) didakwa merobohkan kuil Hindu berusia 40 tahun di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT) tanpa notis pemberitahuan baru-baru ini. - PenangInsight

Tiada ulasan:

Catat Ulasan