Pengikut

Isnin, 7 Mei 2012

'Ketua Menteri Melayu' hanya helah Umno P.Pinang

Jangan percaya dengan janji Umno Pulau Pinang kononnya akan mengambil alih kerusi Ketua Menteri sekiranya Barisan Nasional kembali mengambil alih Kerajaan Negeri pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Khalid Man berkata Umno cakap tak serupa bikin dan akan terus menipu rakyat, khususnya pengund Melayu.
 
Sebagai bukti, beliau berkata, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang sungguhpun wakil rakyat Umno paling ramai di Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding parti-parti komponen Barisan Nasional lain, iaitu 11 kerusi Adun.
 
Gerakan dan MCA langsung tiada kerusi di DUN Pulau Pinang.
 
"Pemimpin Umno memang macam tu bila dia bercakap dekat orang melayu dia kata bila menang akan menjadi Ketua Menteri tapi bila menang besar mereka sedia serahkan pada Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengetuai kerajaan.  Umno tetap berputih mata," jelasnya ketika berucap di Markaz Tarbiyah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam.
 
Menurut beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri menambah, Umno sebenarnya 'dayus' untuk berusaha mendapatkan kerusi Ketua Menteri apabila menang banyak kerusi contohnya pada pilihanraya umum 1990 apabila kerusi MCA, Gerakan dan MIC berkurangan.
 
Pada pilihanraya umum 1999 dan 2004 pun berlaku situasi yang serupa kata Khalid.
 
Namun katanya, Umno tetap memberikan jawatan nombor satu Pulau Pinang kepada individu bukan Islam atas alasan kehendak Perdana Menteri.
 
"Dari situ sudah cukup membuktikan siapa sebenarnya pengkhianat terhadap politik orang melayu.  
 
"Sepatutnya bila Umno lebih kerusi salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan jadi Ketua Menteri.  Semua janji terhadap masyarakat melayu hanya lakunan parti perkauman itu sahaja," katanya. 
 
Sejarah juga terbukti apabila Umno gagal mempertahankan tanah wakaf Sekolah Al Mashoor yang sekarang ini menjadi tapak Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).
 
Tambahnya,  tanah wakaf mana boleh diduduki oleh masyarakat bukan Islam yang berurusan bidang perniagaan dan sebagainya.
 
Islam yang dibawa oleh Umno tidak ke mana kecuali menjadi bahan tontonan semata-mata.  Mereka sanggup membiarkan cadangan ke atas tanah wakaf milik orang Islam di tengah-tengah pusat bandar untuk pembinaan Komtar iaitu sebuah pusat komesial.
 
"Mana dia kepimpinan Umno yang lantang bersuara menentang pembangunan di atas tanah wakaf milik Sekolah Agama Al Mashoor di tengah-tengah pusat bandar sebaliknya akur dengan tuntutan Kerajaan BN ketika itu.
 
"Sepatutnya mereka menentang sebab tanah wakaf mana boleh dipergunakan begitu rupa apatah lagi menempatkan orang bukan Islam untuk urusan perniagaan dan sebagainya," tegas beliau.
 
Sekarang ini Umno dan kuncu-kuncunya melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) melayu berusaha memberikan gambaran PAS menjadi kuda tunggangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Pulau Pinang kerana terlalu mengikut kehendak DAP yang mahu melayu terpinggir, Islam dibiarkan dan peniaga melayu hilang tempat mencari makan.
 
Dari sini tambah Ustaz Khalid, rakyat boleh menilai di mana perbezaan antara pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN.  Biarpun dari segi jawatan Ketua Menteri sehinggalah penambah baikan pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
 
"PAS tidak sekali-kali jadi kuda tunggangan DAP sebaliknya percaya pada pembahagian kerusi siapa yang menang banyak dialah yang akan jadi Ketua Menteri.
 
"Lagi pun Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak macam Koh Tsu Koon yang boleh berbincang mengenai pembangunan umat Islam sekaligus meningkatkan syariat Islam di negeri ini, " ujar beliau.
 
Majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri dengan tujuan meraikan peserta Bersih 3.0 dari Pulau Pinang itu turut menjemput Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Saleh Man, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Fauzi Yusuf dan Ustaz Takiyudin Hamzah serta Setiausaha Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak menyampaikan ceramah. -PenangInsight

Tiada ulasan:

Catat Ulasan