Pengikut

Selasa, 15 Mei 2012

Kenyataan bodoh Nor Yaakob

Fariz Musa
Jingga 13 menyelar kenyataan yang amat memalukan dan tidak bertamadun oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yaakob di Tasek Gelugor , Pulau Pinang pada 13 Mei 2012 selepas merasmikan Projek Usahawan Gemilang dengan menyatakan bahawa Negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke 13.

Jelas Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, Jingga 13 benar-benar kesal bagaimana seorang menteri boleh mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan kebodohan, tidak matang , memalukan serta tidak realistik apabila menganggap bahawa negara akan kembali ke zaman feudal pada tahun 1511 jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya.

"Nor Mohamad Yaakob benar-benar 'buta dan pekak' serta menafikan segala fakta apabila cuba membandingkan bahawa negara akan kembali ke zaman penjajahan sepertimana Francis Light dan Alfonso Albuqaque.

"Sedangkan negeri yang beliau keluarkan kenyataan tersebut iaitu Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang terbukti mampu mengurustadbir negeri dengan tersangat baik , malah diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara sertamemberikan keutamaan kepada melayu dan bumiputera serta tanpa membelakangi kaum-kaum lain," jelasnya.

Nor Mohamad Yaakob
Kemampuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat termasuk Selangor , Kedah dan Kelantan terus membangun dan mampu mengurustadbir negeri dengan sangat baik dan tidak menjadi keterbelakang malah memberikan keutamaan kepada bumiputera serta lebih mengutamakan ketuanan rakyat.

"Jingga 13 mendesak agar Nor Mohamad Yaakob menjawab melibatkan kes Setiausaha Politik beliau yang dituduh melibatkan pengubahan wang haram RM2.13 juta.

"Adalah amat menghairankan jika beliau yang sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Kewangan 2 tidak mengetahui berkaitan aktiviti haram yag dilakukan oleh Setiausaha Politik beliau," sambungnya lagi.

Kebimbingan dan kerisauan terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sokongan rakyat sehingga menggunakan sentimen perkauman dan mengeluarkan fakta yang terlalu dangkal dan memperlihatkan kebodohan. - Keadilankini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan