Penulis sendiri tak pasti bagaimana ianya bermula, tapi yang penulis perasan beberapa blog pro UMNO sejak beberapa hari lepas memainkan isu kononya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghidap HIV!!Artikel asal berhubung dakwaan tersebut boleh dirujuk disini.
Sumber dalaman UMNO memberitahu penulis, para blogger UMNO mempunyai maklumat bahawa Anwar sedang mengambil ubat jenisTruvada yang digunakan untuk menghalang virus HIV daripada berkembang menjadi virus pembunuh AIDS.
Memandangkan kepada keberkesananya, ubat ini juga sangat mahal (lebih USD 1,000 sebiji) dan perlu diambil setiap hari.
Dikatakan bahawa, para blogger UMNO berjaya memperolehi dokumen penghantaran yang mengesahkan ubat tersebut dihantar ke rumah Anwar di Segambut Dalam, menerusi perkhidmatan kourier dari syarikat pembekalnya di Amerika Syarikat.
Apa pun alasannya, pada penulis, tuduhan Anwar menghidap HIV ini sengaja diada-adakan bagi menyokong pelbagai dakwaan karut berhubung salah laku seks yang sering dituduh kepada beliau.
Disamping cuba menunjukkan yang Anwar ini kaya raya kerana mampu membeli ubat semahal itu.
Sudah jadi pengetahuan umum bahawa perkongsian jarum dan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti (tanpa perlindungan) adalah 2 punca utama yang membawa kepada penularan virus HIV di negara kita.
Fakta ini (penularan virus HIV) dan pembohongan di atas (ubat Truvada), digabungkan untuk menjadi cerita bohong paling hebat dekad ini untuk menjatuhkan imej Anwar.
Kebetulan pula, keletihan dan kepenatan dari banyak siri ceramah dan syarahan di dalam negeri dan luar negara telah mula mendatangkan kesan kepada kesihatan Anwar, termasuk memberi kesan kepada bentuk wajahnya yang semakin hari semakin cengkung.
Semua inilah yang penulis jangka telah mencetuskan idea kepada blogger UMNO yang diketahui pakar putar belit ini untuk menuduh Anwar menghidap HIV.
Soal dokumen penghantaran yang didakwa itu, penulis tidak begitu terkejut kerana dengan perkembangan teknologi semasa, apa pun boleh direka dan dicipta, itu bukan masalah.
Untuk anak-anak muda, penulis nak maklumkan disini bahawa isu berkaitan HIV ini bukan pertama kali dikaitkan dengan Anwar. Ketika Anwar dalam tahanan pada 2001, ada pihak yang menuduh Anwar berbohong kerana membuat dakwaan palsu polis akan menyuntiknya dengan darah yang tercemar dengan virus HIV sepanjang dalam tahanan.
Hakikat yang sebenarnya bukan Anwar berbohong tapi kerana beliau mendapat maklumat tersebut dan ada sebab yang kuat untuk percaya ia akan dilakukan ke atas beliau.
Penulis tidak ada masalah dengan kebebasan menyuarakan pendapat oleh sesiapa pun, mengenai apa pun.
Cuma yang menjadi masalah kepada penulis sekarang ialah bila memikirkan tahap serangan peribadi yang kerap digunakan bloggger UMNO kebelakangan ini untuk menjatuhkan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, kelihatan terlalu ekstrrem dan tidak terkawal.
Penulis menggesa badan-badan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil serius dan tindakan sewajarnya ke atas kegilaan blogger UMNO menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat yang semakin menjadi-jadi sekarang.
Sumber: Suara Pakatan Rakyat / KL Today

Tiada ulasan:
Catat Ulasan