Pengikut

Ahad, 20 Mei 2012

Cerita Lucah Lagi : NGO TIBAI dakwa Anwar minta gambar bogel siswa

Satu NGO anti-Pakatan Rakyat hari ini meneruskan siri pendedahan berhubung dakwaan bahawa seorang pemimpin utama gabungan parti itu "mengurat" seorang bekas siswa.

Dakwaan oleh NGO TIBAI yang disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia itu, mahu pemimpin tersebut menjelaskan hubungan berkenaan.

Seorang pemimpin NGO tersebut, Abdul Ghani Haron mendakwa, pemimpin itu meminta siswa berkenaan mengirim satu gambar lelaki tanpa berpakaian.

Beliau mendakwa "sanggup bersumpah" dan mempunyai "maklumat kukuh" berhubung dakwaan tersebut.

Pemimpin tersebut didakwanya tidak pernah mengenai lelaki berusia 20-an itu dan sekadar mengenali lelaki tersebut menerusi laman sosial.

Abdul Ghani menamakan pemimpin berkenaan dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Malaysiakini masih menunggu reaksi daripada pemimpin tersebut sebelum menyiarkan namanya. Malaysiakini

Baca berita yang di siarkan akhbar Utusan di bawah:


Skandal terbaru Anwar?

KUALA LUMPUR 19 Mei - Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab apakah hubungan beliau dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga dipercayai meminta pelajar lelaki itu mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.

Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron yang mendedahkan perkara itu berkata, gambar dimaksudkan Ketua Pembangkang berkenaan adalah gambar lelaki itu tanpa berpakaian.

Berdasarkan maklumat kukuh yang didapati, katanya, Anwar tidak pernah mengenali lelaki berusia 20-an itu, malah, tidak juga mempunyai sebarang urusan berkaitan pekerjaan mahupun kekeluargaan, sebaliknya, sekadar mengenalinya menerusi laman sosial.

"Justeru, apakah tujuan beliau meminta gambar seperti itu? Mungkin hanya Anwar yang tahu kerana tanpa segan-silu beliau meminta lelaki itu mengirimkan gambar tidak pakai baju dan meminta supaya bekas pelajar universiti itu jangan segan-segan dengannya.

"Tetapi, yang pasti saya sanggup bersumpah bahawa Anwar sedang 'mengurat' lelaki itu sejak tahun lalu sehingga ke hari ini. Saya boleh bongkarkan siapa budak ini, anak siapa dia, pernah belajar di mana serta jurusannya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Ghani yakin, orang ramai pastinya keliru dengan pendedahan tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa dalam kes liwatnya sebelum ini, Ketua Pembangkang tersebut masih belum menyahut cabaran sumpah laknat walaupun digesa oleh banyak pihak.

Sehubungan itu, Anwar sekali lagi dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali bekas pelajar tersebut dalam apa-apa rangkaian sekalipun.

"Saya bersedia untuk membongkarkan kisah Anwar dan pelajar lelaki berkenaan. Tetapi saya juga mahu Anwar menyahut cabaran untuk melakukan sumpah laknat menafikan pendedahan ini, jika beliau katakan ini satu lagi pembohongan.

"TIBAI akan mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi ceramah-ceramah kelab ini akan datang. Saya yakin, Anwar kenal siapa lelaki ini, kerana dia telah berkali-kali menghubungi bekas pelajar tersebut dalam pelbagai rangkaian telekomunikasi," katanya. - Utuseks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan