Pengikut

Sabtu, 21 April 2012

Zahid enggan hadir ke mahkamah Perancis

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.

Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.

Sumber - Malaysiakini

1 ulasan:

  1. 1.Sebelum bercakap itu, rujuklah dengan ketua mu dulu.... Kalau tidak, inilah termakan kata-kata sendiri!
    2.Kalau tak jadi pergi..., tak apa. Rakyat akan kumpul duit DUIT RAKYAT bagi Pak Menteri 2 orang bersamaan penginapan sekali. Amacam?

    BalasPadam