Ada pencacai UMNO yang mengatakan gambar-gambar ini akan membuatkan PAS Permatang Pasir kecut perut.. korang nilaikan sendirilah...
Semalam 7 April 2012, Hassan Ali telah berucap dalam ceramah yang dianjurkan Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN) yang diadakan bertempat di Padang Bukit Jelutong, Permatang Pasir.
Kehadiran memang memberangsangkan anggaran aku lebih dari 2,000 yang hadir.. kebanyakkan penyokong PKR dan PAS.. nak harap penyokong UMNO yang hadir ada berapa kerat saja penyokong UMNO di DUN Permatang Pasir tu..

Samada mereka terpengaruh atau tidak.. kita lihat keputusannya pada PRU13 nanti..
Ada Blog Pencacai UMNO kata ini adalah penyucian akidah di Permatang Pauh.. ianya adalah tepat sekali kerana Akidah Pencacai-pencacai UMNO perlu disucikan kerana mereka jelas menyokong pemimpin yang menolak hukum Allah dan menyokong pemimpin yang menghalalkan urus niaga dengan Regim Zionist.
Ini kerana jika mereka menyokong pimpinan mereka yang jelas menolak dan juga mempermainkan hukum Allah, mereka juga sebenarnya telah meredhakan hukum Allah itu ditolak dan dipermainkan atau dalam lain ayat subahat..
Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)
Dan firman Allah lagi “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (Al-Nisa ‘(4);115)
Lagi tentang akidah silalah baca di ( SINI )
Semoga akidah pencacai-pencacai UMNO yang hadir mendengar ceramah Hassan Ali ini berjaya disucikannya..
Berikut adalah laporan dari Portal Pro UMNO iaitu Utara News..
3'000 banjiri ceramah Dr Hasan Ali di Dun Permatang Pasir.
SEBERANG PERAI - Dianggarkan seramai 3'000 penduduk kawasan sekitar Permatang Pasir menghadiri ceramah 'Selamatkan Aqidah dan Pertahankan Islam, Melayu, Raja' yang disampaikan oleh Dato' Dr Hasan Ali dan juga Haji Ismail Mina Ahmad malam semalam.
Ceramah anjuran Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN) yang diadakan bertempat di Padang Bukit Jelutong, Permatang Pasir tersebut mendapat sambutan menggalakkan biarpun pada awalnya hujan turun dengan agak lebat yang menyebabkan keadaan kawasan ceramah agak becak.

Didalam ceramah tersebut, Haji Ismail Mina yang juga merupakan Presiden Muafakat dan bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, persoalan akidah masyarakat kini telah terpesong akibat dari perbuatan halus yahudi di Malaysia.
Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.
Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.
Dr Hasan Ali pula lebih banyak mendedahkan perilaku pemimpin PAS yang beliau dakwa bersekongkol dengan kafir untuk menjahanamkan Islam.
Selain itu menurut beliau, parasit-parasit dalam PAS harus bertanggung jawab sekiranya suatu hari nanti umat Islam didalam PAS tergelincir akidah mereka akibat terlampau taksub dengan kuasa hingga menghalalkan cara.

Berikut pula adalah gambar-gambar yang disiarkan oleh sebuah Blog pencacai UMNO Pulau Pinang, menurut beliau 5,000 orang telah hadir dalam ceramah Hassan Ali ini.
Kononnya menurut beliau ada yang secara terang terangan meluahkan rasa kecewa dan ada yang sambil menjerit Anwar dah tak boleh dipercayai lagi.. err.. betoika?
Sumber: Pisau.Net
Err.. boleh ke bawah khemah tu muatkan 2,000 orang? fikir-fikirkan....
-ASD
-ASD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan